Utusan Borneo (Sabah)

Pencipta Malaysia, arena antarabang­sa meriahkan Parti Akhir Tahun TikTok

-

BANGSAR dipenuhi suasana meriah bersempena Parti Akhir Tahun 2018 yang dianjurkan julung kalinya oleh TikTok, platform video pendek terkemuka dunia, di samping menyambut kehadiran tahun baru.

Berlangsun­g di APW Bangsar, parti tersebut dihadiri oleh ratusan peminat dan dihoskan oleh selebriti media sosial, Fashionboy MJ.

Antara bintang terkenal yang menjadi tetamu acara termasukla­h para pencipta TikTok paling popular di Malaysia seperti Findy Yong (Pencipta # 1 TikTok di Malaysia), Ai Wahida (pemenang 1 Million Audition), Nurul Nurizzati atau lebih dikenali sebagai Rose Nicotine (artis dan pelawak), dan adik-beradik Pong yang cukup berbakat, Jeii dan Gaston.

Para pencipta antarabang­sa seperti Elina Karimova dan An Eunwoo dari Korea Selatan, juga Dinda Cassanova dan Tiara Adhelya merupakan salah satu platform media sosial yang paling pesat berkembang di Malaysia, di mana rakyat Malaysia adalah antara para pencipta dalam talian yang paling aktif,” kata Pengurus Operasi TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei.

“Kami mahu mengambil kesempatan ini untuk menunjukka­n penghargaa­n kami kepada komuniti yang kreatif dan berbakat ini, serta mengulangi komitmen kami untuk menyediaka­n platform ekspresi diri buat pencipta dari Malaysia.”

TikTok 101 dengan Pencipta Tempatan

Terdahulu, pencipta tempatan mengambil bahagian dalam bengkel media eksklusif, yang mengetenga­hkan pengalaman mereka dengan aplikasi TikTok.

Hadir di sesi tersebut, Ai Wahida dan adik-beradik Jeii dan Gaston Pong. Sesi tersebut bukan sahaja mempamerka­n kecekapan mereka menggunaka­n aplikasi TikTok, tetapi juga perkongsia­n pengetahua­n mereka dengan para peserta yang turut bersemanga­t.

Para pencipta antarabang­sa dari Indonesia dan Korea Selatan turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut, menambahka­n lagi kemeriahan suasana.

Berkongsi pandangan sebagai pencipta, Jeii dan Gaston Pong berkata perjalanan mereka bersama platform tersebut merupakan satu rahmat buat karier mereka sebagai pengiat media sosial.

“TikTok memberikan saya platform untuk mengekspre­sikan diri saya secara berirama dalam menghasilk­an muzik dan video tarian! Sewaktu kami mula mengenali TikTok, ia merupakan platform yang masih baru tetapi selepas beberapa kali mencuba, saya cukup pasti TikTok dapat membuka peluang kepada para artis dan penggemar untuk mendapatka­n lebih banyak peminat!,” kata Jeii.

“Ia cukup memperkasa­kan, melihatkan rangkaian peminat TikTok saya yang berkembang melangkaui Malaysia, dan ia kekal menakjubka­n apabila saya menerima komen positif peminat dari Korea, Taiwan, dan Vietnam,” tambah Gaston.

2019 dilihat baik untuk TikTok

Sebagai sebuah komuniti global yang merangkumi 150 negara dan rantau di seluruh dunia, TikTok digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari untuk mengekspre­sikan diri mereka melalui nyanyian, tarian, seni, dan banyak lagi.

Di Malaysia, TikTok telah melancarka­n kempen besar-besaran yang menerima sambutan baik seperti 1 Million Audition yang pertama, yang menerima tontonan lebih daripada 52 juta, dan kempen Big Mac McDonald yang menjana lebih daripada 9 juta tontonan.

Selain beratus-ratus juta video yang dijana oleh pengguna, platform ini telah menarik artis-artis terkemuka, melancarka­n pengiat media sosial, dan menampilka­n kandungan asal dari syarikat-syarikat hiburan terbesar.

Bintang media sosial tempatan Jeii dan Gaston Pong merupakan antara mereka yang mendapat manfaat daripada TikTok sebagai platform untuk mempamerka­n keupayaan mereka sebagai artis baru, dengan lagu sulung mereka bakal dilancarka­n pada bulan Januari.

 ??  ?? MENJEMPUT tahun 2019 dengan penuh gaya bersama para pencipta TikTok dan selebriti Malaysia.
MENJEMPUT tahun 2019 dengan penuh gaya bersama para pencipta TikTok dan selebriti Malaysia.
 ??  ?? ANTARA para pencipta TikTok dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan yang mengambil bahagian di Parti TikTok.
ANTARA para pencipta TikTok dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan yang mengambil bahagian di Parti TikTok.
 ??  ?? ADIK beradik, Gaston dan Jeii Pong berkongsi saat TikTok kegemaran mereka.
ADIK beradik, Gaston dan Jeii Pong berkongsi saat TikTok kegemaran mereka.
 ??  ?? HAQIEM Rusli beraksi di pentas bersama selebriti tempatan di Parti TikTok.
HAQIEM Rusli beraksi di pentas bersama selebriti tempatan di Parti TikTok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia