Utusan Borneo (Sabah)

AGONG LETAK JAWATAN

Warkah rasmi diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja

-

KUALA LUMPUR: Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkua­sa pada Ahad.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka memaklumka­n perkara itu secara rasmi kepada Duliduli Yang Maha Mulia Rajaraja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

“Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumka­n bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkua­sa 6 Jan 2019 bersamaan 29 Rabiulakhi­r 1440H, selaras dengan Perkara 32(3) Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Wan Ahmad Dahlan berkata Sultan Muhammad V menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Dis 2016.

Baginda turut menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara.

“Sepanjang menjalanka­n tugas sebagai Yang diPertuan Agong, baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungja­wab dan amanah selaku ketua negara, berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat,” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda amat berbangga dengan pengorbana­n dan taat setia yang dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalka­n perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungja­wab terhadap negara yang berdaulat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka Baginda bersedia berangkat pulang ke Kelantan untuk bersama- sama kerajaan dan rakyat negeri itu bagi menjaga dan membangunk­an Kelantan demi kesejahter­aan rakyat.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang diPertuan Agong XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Dis 2016.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) pada Oktober 2016, yang turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V menggantik­an Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis 2016.

Dalam sistem demokrasi raja berlembaga­an Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.

Peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V sebagai ketua negara adalah yang pertama dalam sejarah negara ini. - Bernama

 ??  ?? SULTAN MUHAMMAD V
SULTAN MUHAMMAD V

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia