Utusan Borneo (Sabah)

Gambar kanak-kanak duduk di atas penyu, siasatan akan dibuat

-

KOTA KINABALU: Siasatan lanjut akan dijalankan terlebih dahulu berhubung gambar tular di media sosial menunjukka­n seorang kanakkanak duduk di atas seekor penyu.

Walaupun lokasi dan masa gambar berkenaan belum dapat dipastikan, namun ia mendatangk­an kemarahan ramai pihak selepas ditularkan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan menyiasat isu itu memandangk­an ada dakwaan mengatakan kejadian itu berlaku di Sabah.

“Daripada gambar berkenaan, saya boleh katakan mereka memang melakukan kesalahan kerana penyu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.

“Orang-orang ini (saya tidak pasti sama ada mereka pelancong atau datang dari mana), menyeksa penyu terbabit dengan duduk di atasnya,” katanya bagi mengulas isu berkenaan di sini pada Ahad.

Beliau turut mengarahka­n Pengarah Jabatan Hidupan Liar Datuk Augustine Tuuga untuk menjalanka­n siasatan serta mendapatka­n maklumat yang lebih lanjut.

Menurutnya, jika kejadian itu berlaku di Sabah, ia menunjukka­n pelancong terbabit tidak menghargai hidupan liar di sini.

“Mereka sepatutnya menghormat­i undangunda­ng kita dalam melindungi spesies hidupan liar di Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, Augustine berkata, pegawainya akan menyiasat lanjut berhubung kes terbabit.

 ??  ?? GAMBAR tular yang menunjukka­n kanak-kanak duduk di atas seekor penyu mendatangk­an kemarahan netizen selepas ia tular di media sosial.
GAMBAR tular yang menunjukka­n kanak-kanak duduk di atas seekor penyu mendatangk­an kemarahan netizen selepas ia tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia