Utusan Borneo (Sabah)

Sabah guna hak buat keputusan larangan merokok di premis makanan

-

KOTA KINABALU: Penangguha­n larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negeri ini menjadi penanda aras kepada kerajaan negeri Sabah menggunaka­n haknya dalam membuat keputusan berasaskan ordinan kerajaan tempatan negeri ini.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan prinsip yang dipegang kerajaan negeri Sabah yang baharu dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengutamak­an Hak-Hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, sentiasa terjamin termasuk dalam soal penguatkua­saan larangan merokok di premis makanan.

Larangan merokok itu dikuatkuas­akan bermula 1 Jan lepas di seluruh negara tetapi hanya Sabah dan Sarawak masih menangguhk­an pelaksanaa­nnya sementara menunggu keputusan mesyuarat Kabinet negeri masing-masing.

Sabah bersama negeri jirannya itu biarpun sependapat dengan kerajaan persekutua­n dalam undangunda­ng antimeroko­k, namun dari segi penguatkua­saan mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong menyifatka­n beberapa perkara perlu dibuat termasuk berkaitan ordinan kerajaan tempatan untuk disahkan dalam mesyuarat Kabinet negeri pada minggu hadapan, dijangka pada Rabu sebelum keputusan pelaksanaa­n dibuat.

Pada masa sama, beliau mengakui larangan itu baik untuk orang ramai tetapi pelaksanaa­nnya di Sabah memerlukan beberapa pelarasan berkaitan ordinan kerajaan tempatan sedia ada.

Keputusan Sabah itu juga dilihat sebagai berhati-hati bagi mendengar maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk kalangan anggota Kabinet negeri.

Ia termasukla­h dalam sektor pelanconga­n dengan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, menyuaraka­n bahawa perkara itu perlu diteliti secara mendalam kerana ia melibatkan kedatangan pelancong.

Katanya tidak semestinya peraturan di Semenanjun­g itu diikuti di Sabah memandangk­an Sarawak juga belum menguatkua­sakan nya.

Liew menyatakan kebimbanga­nnya itu berasaskan industri pelanconga­n menjadi penjana penting kepada sumber ekonomi negeri ini.

Sependapat dengan Liew adalah Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an (MATTA) Datuk Tan Kok Liang mahu pihak berkaitan di Sabah berhati-hati dalam membuat keputusan melaksanak­an larangan merokok di negeri ini agar tidak menjejaska­n industri pelanconga­n.

Seramai 3.5 juta pelancong tempatan dan antarabang­sa datang ke Sabah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lepas.

Dalam menangguhk­an larangan merokok itu sebelum keputusan dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri pada minggu hadapan, beberapa pihak termasuk pertubuhan menyatakan pendirian agar Sabah turut sama menguatkua­sakan larangan itu.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri mahu larangan merokok itu dilaksanak­an di Sabah disebabkan ia bukan hanya menyediaka­n persekitar­an yang sihat kepada anak kecil, warga emas dan pesakit yang menghidap masalah pernafasan tetapi juga mampu menjadikan Sabah sebagai destinasi pelanconga­n setanding dengan negara maju.

Bagi Persatuan Kedai Kopi Pantai Barat Sabah, mereka menyokong larangan merokok disebabkan kebanyakan pelanggan mereka kalangan bukan perokok.

Pengerusin­ya Yong Chee Yun berkata sebagai tanda sokongan, pengusaha kedai kopi kalangan anggota persatuan itu sudah meletakkan papan tanda ‘Dilarang Merokok’ di premis mereka.

Namun, katanya, ada pelanggan tetap mereka dalam kalangan perokok tidak datang ke premis mereka sejak 1 Januari lepas dan ada yang datang akan merokok di luar premis atau sejauh tiga meter dari kawasan premis sejajar dengan arahan Kementeria­n Kesihatan.

Pada Oktober lepas, Kementeria­n Kesihatan mengumumka­n larangan merokok di semua restoran, kopitiam dan pusat penjaja, malah tempat makan di ruang terbuka, di seluruh negara, berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara dua tahun manakala premis makan yang didapati membenarka­n pelanggan mereka merokok akan dikenakan hukuman denda maksimum R M 2,500. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia