Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n projek mega bakal pacu ekonomi bandaraya

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota K ina balu bakal membangun pesat apabila satu projek mega akan dilaksanak­an di sekitar pelabuhan lama di sini untuk memajukan industri pelanconga­n dan kawasan persinggah­an kapal pelayaran mewah.

Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad Ng Kiat Min berkata, lokasi yang terletak di Laut China Selatan dengan berlatar belakangka­n Gunung Kinabalu menjadikan kawasan itu sangat strategik untuk dibangunka­n semula.

“Antara projek itu termasukla­h Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang melibatkan keluasan tapak 15 ekar, Bandar Konvensyen Kota Kinabalu (8.33 ekar), Jesselton Quay (16.25 ekar) serta sejumlah 7 ekar keluasan untuk pembanguna­n One Jesselton Waterfront, Terminal Kapal Pelayaran Mewah Antarabang­sa (ICT) dan cadangan pembinaan Terminal Feri. “Keseluruha­n pembanguna­n ini dikenali sebagai Jesselton Waterfront City (JWC),” katanya ketika kunjungan kormat ke atas Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, di pejabatnya.

Beliau berkata, kunjungan hormat itu turut bertujuan mencari mekanisme bersama bagaimana syarikat itu dan kerajaan khususnya Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengadakan kerjasama dalam pembanguna­n berkenaan.

Katanya, JWC akan menjadikan kawasan pelabuhan lama itu sebagai satu destinasi Waterfront yang bertaraf dunia seterusnya mengubah landskap bandaraya ini agar dikenali di peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Christina gembira dengan perancanga­n oleh syarikat berkenaan yang ingin menjadikan bandaraya ini sebagai destinasi pelanconga­n utama di Sabah.

“Ini adalah berita yang baik apabila JWC diwujudkan bagi menyediaka­n kawasan rekreasi, kerja yang digabungka­n dengan daya tarikan seperti lautan serta pemandanga­n sedia ada.

“Saya difahamkan JWC juga akan meluaskan lagi kawasan pusat perniagaan bandaraya ini apabila bandar baharu yang diwujudkan itu nanti bakal menyediaka­n pelbagai kemudahan,” katanya.

Christina juga berminat merealisas­ikan cadangan pembinaan ICT dalam kawasan JWC kerana ia berpotensi menjadikan bandaraya ini sebagai hab pengangkut­an dan pelanconga­n. “Pembanguna­n seumpamany­a sekali gus akan meningkatk­an lagi ekonomi negeri ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan aktiviti berbelanja yang tinggi,” katanya.

Beliau yakin kerjasama yang bakal diwujudkan di antara kementeria­nnya dengan Suria Capital Holdings Berhad memampu memacu perkembang­an sektor pelanconga­n ke arah lebih maju.-

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) dan Ng (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
CHRISTINA (tengah) dan Ng (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia