Utusan Borneo (Sabah)

PBIS ditubuh jaga kebajikan kaum India di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Bekas Pengerusi MIC Sabah Datuk V Jothi bakal menubuhkan Parti Bersatu India Sabah (PBIS) untuk membantu dan memperjuan­gkan hak serta kebajikan masyarakat India di negeri ini.

Beliau yang juga presiden penaja PBIS menjelaska­n penubuhan parti itu tidak mempunyai agenda tersembuny­i sebaliknya hanya ingin membantu rakyat khususnya kaum India di Sabah.

“Kita hanya ingin membantu rakyat sebagai mana kita bantu sebelum ini. Parti tempatan ini dibentuk selepas mendapat permintaan daripada komuniti India di negeri ini.

“Keadaan politik di Malaysia sudah berubah dan berikutan daripada perkara itu, saya telah meletak jawatan daripada MIC pada Julai tahun lepas dan diikuti pemimpin MIC lain di Sabah.

“Kebanyakan mereka bersetuju bahawa komuniti India di Sabah masih memerlukan platform bagi menjaga kebajikan kaum ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya membuat keputusan menubuhkan PBIS dan telah menyerahka­n permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 29 Ogos lalu. Permohonan itu juga kini berada di peringkat akhir untuk diluluskan.

Katanya, PBIS akan menjadi sebuah parti mesra kerajaan di peringkat negeri dan juga Persekutua­n.

“Oleh sebab kami adalah parti yang kecil, kami perlu bergerak selaras dengan kerajaan negeri.

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah pemimpin untuk semua kaum di negeri ini dan kami akan membuat kunjungan hormat ke atas beliau dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan daripada RoS,” katanya.

 ??  ?? JOTHI (empat dari kanan) bersama ahli jawatankua­sa penaja PBIS.
JOTHI (empat dari kanan) bersama ahli jawatankua­sa penaja PBIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia