Utusan Borneo (Sabah)

KPKT mohon JAS sediakan laporan enam bulan sekali

-

KULIM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta memberi laporan pemantauan operasi kilang kitar semula sisa plastik dalam tempoh enam bulan sekali kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu penting untuk memastikan kilang berkenaan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementeria­nnya sekali gus bertepatan dengan persekitar­an alam sekitar.

“Saya juga akan letakkan satu lagi syarat iaitu setiap enam bulan (JAS buat pemeriksaa­n di kilang itu), dan laporan itu harus diberikan kepada KPKT. Kerana selama ini kita memang tidak dapat laporan ini untuk memantau kilang-kilang tersebut...,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua kilang kitar semula sisa plastik di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, laporan berkenaan dilihat dapat memudahkan pihak kementeria­n berkenaan memantau operasi kilang yang terlibat dengan lebih berkesan.

Zuraida juga meminta pengusaha kilang berkenaan menyatakan maklumat tambahan berhubung pengimport mereka sebagai rujukan kepada KPKT dalam usaha mengenal pasti produk yang boleh kementeria­nnya memberikan fokus untuk sokongan sekali gus dapat meningkatk­an hasil pendapatan negara.

“Saya nak maklumat tambahan juga lagi (bila) eskport (ke luar negara) syarikat itu buat apa… kita nak tahu ‘end products’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia