Utusan Borneo (Sabah)

KPKT mahu kastam buat pemeriksaa­n teliti kontena bawa sisa plastik

-

BUKIT MERTAJAM: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KJDM) membuat pemeriksaa­n lebih teliti bagi memastikan setiap kontena yang membawa sisa plastik yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi prosedur serta peraturan baharu berkaitan sisa plastik yang ditetapkan kementeria­n.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata KPKT akan memberikan taklimat dan meningkatk­an aspek pengenalan bahan plastik kepada pihak JKDM bagi membolehka­n mereka mengenal pasti sisa plastik yang diimport masuk.

“KPKT melaksanak­an beberapa syarat dan peraturan baru berhubung import sisa plastik, jadi saya mahu pihak JKDM membuat pemeriksaa­n lebih teliti selepas ini bagi memastikan pengimport mematuhi syarat ditetapkan.

“Macam siasatan kami dalam kes penemuan 175 kontena penuh berisi dengan bahan buangan plastik yang tidak diisytihar dan tidak mendapat permit import (AP) KPKT tersangkut di Terminal Kontena, Pelabuhan Pulau Pinang pada November lepas, yang mendapati pengimport tidak bertanggun­gjawab membuat deklarasi palsu berhubung bahan yang dibawa masuk bagi mengelak ia ditahan pihak berkuasa, “katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke pusat pemporsesa­n sisa plastik di UDA Materials Sdn Bhd, di sini pada Ahad.

Katanya semua kontena yang masih belum dituntut itu kini terkandas di situ dan pihaknya mengambil tindakan pengu atkuasaan,l di mana kontena itu akan dihantar kembali ke negara asal. Sementara itu, Zuraida berkata pihaknya akan terus memberi pendedahan dan pendidikan bagi menggalakk­an orang ramai untuk kitar semula dan membuat pengasinga­n sisa di rumah mereka sebelum dibuang.

“Ia sesuatu yang menguntung­kan dan tidak timbul isu usaha dilakukan kerajaan ini merugikan, kerajaan akan sentiasa mengorak usaha dan mengu-atkuasanny­a,” katanya.

Mengulas mengenai lawatan itu, katanya ia dilakukann­ya bagi mendapatka­n gambaran secara holistik mengenai industri pemprosesa­n sisa plastik yang diimport ke negara luar bagi tujuan industri lain.

“Hari ini saya juga sudah melawat beberapa kilang pemprosesa­n lain di Kedah dan Pulau Pinang bagi mendapatka­n gambaran bagaimana bahan plastik ini diproses dan keadaan premisnya yang terdiri daripada tiga gred berdasarka­n pendekatan yang digunakan mereka,” katanya.

Katanya ada premis yang memperoleh sisa plastik terpakai yang sudah lusuh dan kotor sehingga ia perlu melalui proses pembersiha­n yang rumit dan menjejaska­n kawasan sekitar.

“Jika ia gred satu, premis berkenaan memperoleh bahan sisa plastik yang bersih dan kerja-kerja memprosesn­ya tidak rumit malah kawasan sekitarnya terkawal daripada segi kebersihan.

“Seperti premis kilang hari ini, mereka memperoleh sisa plastik yang bersih dari negara luar seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Australia sebelum diproses dan dihantar ke negara luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia