Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut, dua pacuan empat roda bertembung

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 8 Jalan Beluran-Telupid, kira-kira jam 5 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata kemalangan itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda yang bertembung.

Katanya, mangsa yang maut ialah pemandu kereta pacuan empat roda dari arah Sandakan yang dikenal pasti sebagai Joseph Tan Delos Reyes, 57, yang maut di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu sebuah lagi pacuan empat roda jenis single-cab, seorang lelaki berumur 56 tahun, beralamat di Taman Rajawali Sandakan, cedera dan dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk menerima rawatan.

Shivananth­an berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu lelaki yang maut itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah lagi pacuan empat roda dari arah Pekan Beluran.

“Pemandu tidak disyaki mabuk. Bagaimanap­un, sampel darah kedua-duanya diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian alkohol,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, ketika kejadian cuaca awal pagi (subuh) adalah baik di jalan dua hala dan kenderaan terlibat akan dibawa ke Puspakom Sandakan untuk pemeriksaa­n dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beluran Rosemidian Haji Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan itu pada jam 5.20 pagi dan tiba di lokasi 5.32 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lapan anggota yang diketuainy­a untuk operasi menyelamat dan membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Pihak bomba mengambil masa 25 minit untuk mengeluark­an mangsa iaitu penumpang pacuan empat roda dan pemandu yang disahkan maut di tempat kejadian oleh pembantu doktor yang tiba bersama ambulan dari Hospital Beluran serta pemandu sebuah lagi pacuan empat roda yang dipandu dari arah Beluran.

Katanya, mangsa yang kedua berjaya dikeluarka­n dengan menggunaka­n ‘rescue tool’ dan dibawa oleh ambulan ke Hospital Beluran untuk menerima rawatan.

Ia adalah kemalangan maut yang pertama direkodkan di Daerah Beluran pada tahun ini.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Beluran diketuai Rosemidian melakukan operasi di lokasi kejadian.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Beluran diketuai Rosemidian melakukan operasi di lokasi kejadian.
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.
 ??  ?? KEADAAN pacuan empat roda dari arah Sandakan yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah lagi pacuan empat roda dari arah Pekan Beluran.
KEADAAN pacuan empat roda dari arah Sandakan yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah lagi pacuan empat roda dari arah Pekan Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia