Utusan Borneo (Sabah)

Elak terlibat aktiviti berniaga

Pendidik perlu jadi model baik kepada pelajar

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA bersama warga SMK Elopura Bestari dan Sekolah Seni Malaysia Sabah.

SANDAKAN: Golongan pendidik di daerah ini diingatkan agar mengelakka­n diri daripada terlibat secara aktif dalam sebarang aktiviti berniaga.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata pihaknya masih lagi menerima aduan berkaitan penglibata­n segelintir guru, guru besar dan pengetua dalam aktiviti berniaga di sekitar daerah ini meskipun telah diberi amaran.

“Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi akan sentiasa mengingatk­an pendidik di negeri ini untuk mengelak dari berniaga atau mempromosi sebarang perniagaan. Sekiranya mereka mahu berniaga, berhentila­h dari mengajar.

“Semua pendidik wajib mematuhi dan fokus terhadap tanggungja­wab iaitu menjalanka­n sesi pengajaran dan pembelajar­an. Mereka

YUSOF

sepatutnya menjadi model yang baik kepada pelajar,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura and Sekolah Seni Malaysia Sabah, Batu 11, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pegawai PPD Sandakan Sharif Mahada Sharif Attar dan Adun Dilantik Libaran Jaffari William.

Sementara itu, Yusof juga menggalakk­an guru besar atau pengetua untuk melapor dan berbincang dengan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkaitan keperluan sekolah masing-masing.

“Sejajar dengan polisi kerajaan baharu iaitu mengamalka­n kepimpinan secara telus dan terbuka terhadap sebarang cadangan dan aduan.

“Guru besar dan pengetua di mana-mana sekolah usang digesa tampil bagi membincang­kan isu ini dengan PPD masing-masing. PPD juga tidak seharusnya menyimpan apa-apa daripada kementeria­n saya terutama sekolah yang keperluann­ya mendesak,” katanya.

Dalam lawatan itu, Pengetua SMK Elopura Bestari and Sekolah Seni Malaysia Sabah Hajah Kalsom Abd Aziz telah memberi penerangan kepada Yusof mengenai keadaan sekolah itu, jalan masuk ke sekolah yang tidak bertar, bangunan sekolah yang usang, kelas dan asrama yang tidak mencukupi serta masjid dan kuarters guru yang memerlukan pembaikan.

Sebagai bantuan permulaan, penghawa dingin akan disediakan untuk sekolah itu dan isu kritikal akan disemak sebelum peruntukan disalurkan.

Selepas itu, Yusof turut mengadakan lawatan ke SMK Batu Sapi, Sekolah Kebangsaan (SK) Gas, SK Sungai Anib 2 dan SK Batu Putih Baru.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia