Utusan Borneo (Sabah)

Skuad AADK Kudat adakan program kebersihan pantai

-

KUDAT: Skuad AADK Kudat telah melaksanak­an program ‘Beach Clean Up & Ocean Awareness’ di Pantai Bak-Bak di sini.

Kempen kebersihan itu betujuan mendidik ahli skuad khususnya serta komuniti setempat agar mengambil peranan dan peduli tentang kebersihan di sekitar pantai serta laut berhampira­n daripada dicemari sampah.

“Masyarakat setempat perlu memainkan peranan dalam memastikan daerah ini kekal bersih,” kata Pengerusi Skuad AADK Muhammad Irfan Dutchan.

Beliau berkata, Kudat cukup dikenali dengan keindahan khazanah pantainya dan memiliki daya tarikan pelancong, khususnya Simpang Mengayau yang menjadi tumpuan orang ramai.

Irfan berkata, program khidmat masyarakat itu adalah salah satu di antara sumbangan dan sokongan skuad kepada kempen kebersihan.

Menurutnya, aktiviti gotong royong membersihk­an pantai adalah salah satu pengisian aktiviti Hari Keluarga Skuad AADK Kudat dan AADK Kudat yang diadakan pada hari yang sama, dengan tujuan menyokong kempen ‘Sabah Bebas Sampah’ yang ditekankan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Sememangny­a, impak negatif pencemaran laut tidak hanya memburukka­n alam sekitar tetapi juga mematikan hidupan laut selain membahayak­an kesihatan apatah lagi pantai menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.

“Oleh itu, keindahan dan kebersihan pantai yang ada sekarang perlu dikekalkan. Kami berharap program seperti ini memberi impak kepada alam sekitar yang menyumbang kepada masyarakat, ekosistem dan pantai di daerah ini dengan menekankan konsep amalan kebersihan dalam rumah untuk persekitar­an positif kepada keluarga khususnya anak-anak.

“Budaya bersih dan amalan hidup sihat ini boleh memupuk kekuatan mengelak pengaruh negatif khususnya penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Irfan berkata, skuad dan gabungan komuniti setempat yang turut serta dalam aktiviti membersihk­an pantai adalah bukti keprihatin­an mereka terhadap usaha itu.

Beliau berharap lebih ramai golongan belia berminat menjadi ahli skuad sebagai satu entiti sukarelawa­n.

Selain itu, agar pemimpin setempat di kampungkam­pung sekitar daerah ini menekankan program kebersihan dan aktiviti kempen pencegahan dadah.

Beliau juga menjelaska­n skuad akan membantu dan memberikan kerjasama baik bagi tujuan berkenaan.

Program itu dilancarka­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tg Kapor Bobbie Chin Kah Khing di Pantai Bak-Bak dengan melibatkan kerjasama AADK Kudat, UPPM Tg Kapor, WWF dan Taman-Taman Sabah.

 ??  ?? AKTIVITI gotong royong Beach Clean Up & Ocean Awareness.
AKTIVITI gotong royong Beach Clean Up & Ocean Awareness.
 ??  ?? BOBBIE menunjukka­n tanda sokongan kepada program Beach Clean Up & Ocean Awareness.
BOBBIE menunjukka­n tanda sokongan kepada program Beach Clean Up & Ocean Awareness.
 ??  ?? IRFAN berucap pada penutupan majlis Hari Keluarga Skuad AADK Kudat dan AADK Kudat.
IRFAN berucap pada penutupan majlis Hari Keluarga Skuad AADK Kudat dan AADK Kudat.
 ??  ?? AHLI skuad sedang beratur.
AHLI skuad sedang beratur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia