Utusan Borneo (Sabah)

SRK St John perlu tambahan bilik darjah

-

BEAUFORT: Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada masalah kekurangan bilik darjah di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Perkara itu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan murid dan pelajar dapat menjalanka­n sesi pembelajar­an dalam suasana persekitar­an yang kondusif dan selamat,” kata Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub.

Beliau berkata demikian selepas Program Back To School anjuran NGO di SRK St John di sini.

Menurutnya, pelajar SRK St John memerlukan bilik darjah yang mendesak disebabkan kekurangan bilik darjah yang selesa dan selamat.

Setakat ini katanya, murid daripada empat kelas terpaksa menjalanka­n sesi pembelajar­an awal di dewan sekolah berkenaan.

“Kita mahu memastikan sekolah-sekolah di Beaufort memiliki kemudahan bilik darjah dan prasarana yang mencukupi,” katanya.

Guru Besar SRK St John Mamartus Angol yang ditemui berharap masalah kekurangan bilik darjah itu dapat ditangani segera.

Beliau juga bersyukur dengan usaha pihak NGO yang sudi memberi sumbangan kelengkapa­n persekolah­an kepada 50 murid sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut melawat kawasan persekitar­an sekolah dan bilik darjah bagi melihat keadaan struktur bangunan sekolah itu.

Seramai 235 murid didaftarka­n di SRK St John pada sesi persekolah­an awal pelajar tahun ini.

 ??  ?? ABDUL Rahman mengenakan beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang menerima bantuan Program Back To School.
ABDUL Rahman mengenakan beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang menerima bantuan Program Back To School.
 ??  ?? ABDUL Rahman bergambar bersama hadirin dalam majlis itu.
ABDUL Rahman bergambar bersama hadirin dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia