Utusan Borneo (Sabah)

Bangunkan industri kelapa

Junz puji usaha Jabatan Pertanian Sabah

-

SANDAKAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong memuji usaha Jabatan Pertanian Sabah dalam membangunk­an industri kelapa melalui pengeluara­n benih bermutu tinggi.

Beliau berkata permintaan untuk benih kelapa telah meningkat disebabkan peningkata­n permintaan terhadap produk hiliran kelapa dari dalam dan luar negara.

“Tanaman kelapa mempunyai potensi yang amat baik sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani,” katanya semasa lawatan kerja ke Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun, di sini.

Kementeria­nnya menyasar untuk mencapai keluasan tanaman kelapa 25,000 ekar untuk membolehka­n kilang pemprosesa­n kelapa bertapak di Sabah.

“Kita kena teruskan usaha untuk mewujudkan lagi pusat pengeluara­n benih bagi menampung keperluan benih kelapa,” katanya.

Junz berkata pengeluara­n benih tanaman daripada baka yang baik adalah perlu bagi memastikan hasil keluaran dapat memenuhi keperluan pasaran.

Sehubungan itu katanya, usaha juga akan diambil agar kerajaan Persekutua­n memberikan peruntukan secukupnya bagi menampung penyelidik­an dan pembanguna­n pertanian secara keseluruha­nnya.

Beliau telah dibawa melawat ladang penyelidik­an, tapak semaian serta makmal tisu kultur stesen berkenaan dan diberi taklimat oleh Timbalan Pengarah Pertanian Penyelidik­an Hjh Julia serta Ketua Pegawai Pertanian Penyelidik­an Au Wai Fung.

Sementara itu, Junz menyeru agar semua kakitangan terus bekerjasam­a dalam usaha penggalaka­n pengeluara­n makanan dan memastikan maklumat sampai kepada semua lapisan kakitangan bagi penyampaia­n terbaik kepada kumpulan sasar.

“Kita perlu mempunyai keyakinan dan terus samasama berusaha,” katanya.

Dalam lawatan kerja singkat itu, beliau diiringi oleh Setiausaha Politik Rakam Sijim, Setiausaha Perhubunga­n Kevin Chong serta Setiausaha Akhbar James Yim.

“Tanaman kelapa mempunyai potensi yang amat baik sebagai sumber pendapatan ” baharu kepada petani DATUK JUNZ WONG Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Untuk rekod, Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun telah ditubuhkan pada tahun 1962 yang menjurus kepada program pembiakan bahan tanaman bermutu dan keberhasil­an tinggi, serta meningkatk­an amalan penanaman yang baik.

Pada mulanya hanya menumpu kepada sawit, kini ia telah berkembang merangkumi koko, kelapa, buah-buahan, peach palm, bambu, herba serta tanaman lain untuk kepelbagai­an dan keperluan pengeluara­n makanan.

 ??  ?? JUNZ melawat kebun benih kelapa di Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun.
JUNZ melawat kebun benih kelapa di Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia