Utusan Borneo (Sabah)

Mantan pelajar adakan pertemuan selepas 26 tahun berpisah

-

KOTA BELUD: Selepas 26 tahun berpisah, sekumpulan 20 orang alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 19881992 bertemu semula dalam program `Kupi-kupi Alma Mater Timbuk’ di Kampung Labuan, di sini.

Suatu ketika dulu, SMK Taun Gusi lebih dikenali sebagai Timbuk dalam kalangan masyarakat setempat sebelum dijenamaka­n semula kepada singkatan SEMTASI.

Menariknya, majlis berlangsun­g selama dua jam itu mempertemu­kan beberapa alumni yang tidak pernah berjumpa selepas 26 tahun meninggalk­an sekolah berkenaan.

Sambil menjamu selera, pelbagai cerita dan nostalgia di sekolah itu dikongsi bersama yang pastinya mengukuhka­n hubungan silaturahi­m dan persahabat­an.

Sepanjang menuntut ilmu di sekolah terletak di laluan ke utara Sabah itu, antara nama besar pernah mendidik dan mentadbir sekolah itu adalah Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin yang menjadi pengetua pada 1989.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementeria­n Pendidikan Datuk Maimunah Suhaibul pula menjadi penolong kanan pada 1985 hingga 1990, dan seorang lagi ialah bekas Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Jame Alip yang pernah menjadi pengetua.

Pengerusi penganjur Rusnayati Marjin berkata, pertemuan semula alma mater Timbuk itu adalah permulaan kepada penganjura­n program ‘reunion’ dihadiri lebih ramai alumni sekolah itu, khususnya bekas pelajar 1988 hingga 1992.

Selepas mengadakan program itu, beliau mendapat maklum balas ramai bekas pelajar seangkatan supaya diadakan program yang akan dihadiri lebih ramai alumni pada masa depan.

Beliau berkata, maklum balas diterima sama ada menerusi komen ditinggalk­an dalam laman sosial Facebook dan Twitter mahu pun Whatsapp.

“Sebenarnya, program ini dirancang dalam masa singkat serta jemputan disalurkan menerusi grup Whatsapp, menyebabka­n ramai yang tidak menerima maklumat.

 ??  ?? SEBAHAGIAN alumni SMK Taun Gusi 1988-1992 yang menghadiri program Kupi-Kupi Alma Mater Timbuk di Kg Labuan.
SEBAHAGIAN alumni SMK Taun Gusi 1988-1992 yang menghadiri program Kupi-Kupi Alma Mater Timbuk di Kg Labuan.
 ??  ?? SELEPAS 26 tahun terpisah, sekumpulan Alumni SMK Taun Gusi 1988-1992 bersemuka pada program Kupi-Kupi Alma Mater Timbuk di Kg Labuan.
SELEPAS 26 tahun terpisah, sekumpulan Alumni SMK Taun Gusi 1988-1992 bersemuka pada program Kupi-Kupi Alma Mater Timbuk di Kg Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia