Utusan Borneo (Sabah)

Yetni berkongsi kisah kebakaran memusnahka­n kediamanny­a

-

KUCHING: “Baharu sesaat mahu sembahyang Isyak, kelihatan api sudah mulai marak dan saya terus lari keluar dari bilik,” kata bekas pelawak tersohor Sarawak, Datuk Yetni Adenan.

Beliau berkata demikian ketika menceritak­an mengenai kebakaran yang memusnahka­n kediamanny­a di Kampung Semerah Padi di Petra Jaya di sini pada malam 24 Disember lepas.

Namun demikian katanya, beliau amat bersyukur kerana sempat melarikan diri apatah lagi pada ketika itu, api sudah mulai memusnahka­n harta benda di dalam rumahnya.

“Pada ketika itu saya baharu sahaja mahu solat Isyak dan sesaat selepas itu saya melihat api telah marah lebih kurang seminit atau dua minit sebelum jam 9 malam.

“Saya dan cucu saya yang kebetulan berada di rumah terus meluru keluar dari rumah dan pada masa itu, saya dapat melihat hartabenda saya habis musnah dijilat api,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di kediamanny­a, pada Sabtu.

Yetni berkata, beliau bagaimanap­un bersyukur atas bantuan yang diberikan khasnya daripada Ketua Menteri serta isteri dan wakil rakyat di kawasan itu yang memberi sumbangan termasuk kediaman baharu.

“Saya berterima kasih kerana Ketua Menteri serta isteri dan wakil rakyat datang dan menghargai sumbangan saya selama ini.

“Saya memang dikenali sebagai pelawak Sarawak tetapi sebelum itu, saya juga berada dalam arena politik semenjak penubuhan partiparti politik di negeri ini seperti Parti Gabungan, PBB, Berjasa,” katanya.

Malahan, Yetni juga merupakan seorang pesara kerajaan yang pernah menjadi pegawai perhubunga­n awam Pejabat Ketua Menteri selama 16 tahun sebelum bersara dan terlibat dengan hiburan pelawak termasuk program SarawakFM, Jiran Sekampung.

Dalam kejadian pada malam 24 Disember lepas, rumah Yetni yang juga bekas penghulu Kampung Semariang Baru Fasa Dua, musnah dalam kebakaran.

Beliau bersama empat lagi ahli keluargany­a bagaimanap­un terselamat dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 9.05 malam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar 60 peratus dan kebakaran dapat dikawal.

Sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota yang diketuai oleh Awang Affendi dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.13 malam.

 ??  ?? YETNI menyambut ketibaan Abang Johari yang meluangkan masa melawat kediamanny­a yang musnah dalam kebakaran pada 24 Disember lepas.
YETNI menyambut ketibaan Abang Johari yang meluangkan masa melawat kediamanny­a yang musnah dalam kebakaran pada 24 Disember lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia