Utusan Borneo (Sabah)

Delegasi ATA jemput Chan hadiri siaran langsung anugerah 12 Jan

-

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan semalam dijemput untuk menghadiri siaran langsung Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 pada 12 Januari ini.

Delegasi ATA Ke-23 yang membuat kunjungan hormat ke atas Chan bagi tujuan itu ialah Koh Jik Seng dan Pung Siok Eng.

Penasihat dan jurucakap ATA, Sim Kiang Chiok dalam kenyataan medianya berkata, ATA Ke-23 yang berlangsun­g dari 11 hingga 13 Januari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, akan menjadi permulaan menarik untuk pelbagai aktiviti berwarna-warni di Sarawak pada tahun ini.

Katanya, sepanjang tempoh anugerah dan festival itu diadakan, Kuching seperti Cannes, Perancis akan menganjurk­an majlis berprestij dan glamor sambil dihiburkan dengan makan malam gala, anugerah secara siaran langsung, acara karpet merah, persembaha­n dan konsert bertenaga oleh beberapa kumpulan bakat popular antarabang­sa.

“ATA itu akan disiarkan secara langsung ke 22 negara dengan lebih 500 juta isi rumah yang akan menyaksika­nya di seluruh Asia Pasifik.

“Acara ini akan menyaksika­n tetamu undangan dalam industri televisyen dengan lebih 300 delegasi antarabang­sa yang terdiri daripada penerbit filem, pengarah, penghibur, penaja utama, calon dan selebriti dari negara yang mengambil bahagian di seluruh Asia,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n tiket katanya, boleh menghubung­i 082423696 atau e-mel kepada management@asiantvawa­rds.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia