Utusan Borneo (Sabah)

Nurhanim terajui Wanita Keadilan negeri hingga 2021

-

KUCHING: Nurhanim Datuk Mokhsen dilantik sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Sarawak bagi penggal 2018-2021.

Pelantikan Jawatankua­sa Majlis Pimpinan Wanita Negeri Sarawak bagi tempoh itu diumumkan Ketua Wanita Keadilan Pusat Haniza Talha di sini, pada Sabtu.

Nurhanim dalam kenyataan medianya pada Sabtu, berharap lantikan itu akan menjadi satu titik permulaan ke arah memperjuan­gkan institusi wanita dan agenda wanita peringkat negeri Sarawak.

Beliau menyeru semua wanita dari semua peringkat untuk bersama-sama menyumbang tenaga, idea dan bergerak sebagai satu pasukan dalam agenda memberdaya­kan wanita Sarawak.

“Sebagai satu tembok parti yang terbesar dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), wanita Keadilan akan terus berada di barisan hadapan demi menjayakan agenda wanita.

“Keadilan memiliki tanggungja­wab signifikan dalam menerajui PH.

“Oleh itu, bersamasam­a kita lakukan anjakan paradigma dan menjauhkan amalan politik tidak matang dan pecah belah,” katanya.

Tambah Nurhanim, beliau percaya sayap wanita Keadilan akan menjadi lebih kukuh dan kuat di dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan Sarawak yang Ke-12.

“Saya yakin ahli jawatankua­sa wanita Keadilan ini akan melaksanak­an tugas lebih serius dan bertanggun­gjawab.

“Kita juga akan mengadakan konensyen wanita sebagai satu perancanga­n awal untuk memastikan kemenangan kita terjamin di dalam menghadapi PRN akan datang,” ujarnya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada semua wanita cabang yang dipilih dan ahli jawatankua­sa yang telah dilantik pada pelantikan jawatankua­sa terbabit.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Wanita disandang oleh Catherine Jok Uvang @ Catherine Juk manakala Naib Ketua Wanita 1 dan Naib Ketua Wanita 2 masing-masing disandang oleh Iana Akam dan Kasturi Kipli.

Jawatan Setiausaha pula disandang Suraya Shawkatali, Bendahari Lorina Lirang Ajang Lusat, Timbalan Bendahari Norsiah Saman, Ketua Penerangan Korina Mang dan Pengarah Strategi Wanita Negeri ialah Voon Siak Ni.

 ??  ?? NURHANIM (barisan hadapan, tiga kanan) merakamkan kenangan bersama Jawatankua­sa Majlis Pimpinan Wanita Negeri Sarawak bagi penggal 2018-2021 dalam mesyuarat yang diadakan di Kuching, pada Sabtu.
NURHANIM (barisan hadapan, tiga kanan) merakamkan kenangan bersama Jawatankua­sa Majlis Pimpinan Wanita Negeri Sarawak bagi penggal 2018-2021 dalam mesyuarat yang diadakan di Kuching, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia