Utusan Borneo (Sabah)

COVAS sambut baik penurunan harga runcit petrol, diesel

-

KUCHING: Penurunan harga runcit yang diumumkan kerajaan persekutua­n bagi petrol RON95, RON97 dan diesel disambut baik Persatuan Suara Pengguna Sarawak (COVAS).

Naib Presiden COVAS Philip Ng berkata, harga petrol yang berubah-ubah ini dan sekarang menurun, amat menggembir­akan pengguna.

“Kita berharap dengan keadaan ini, pengguna dapat lebih banyak berjimat dan membuat tabungan untuk perkara yang lebih menguntung­kan,” katanya mengulas mengenai pengumuman penetapan petrol oleh kerajaan Persekutua­n pada Jumaat.

Mengikut perkiraan beliau, melihat kepada kepada harga minyak sekarang, Ng berkata ia mungkin akan naik semula dalam tahun yang sama sekiranya Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) mengurangk­an pengeluara­n mereka untuk mengurangk­an bekalan dunia.

Oleh yang demikian katanya, penjimatan ini bukan untuk tempoh yang panjang.

Pada Jumaat, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 12 tengah malam 5 Januari hingga 11 Januari depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehka­n pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Beliau berkata, ia merupakan kata putus selepas mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada 2 Januari lalu bagi mempertimb­angkan perkara tersebut untuk dilaksanak­an.

“Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter),” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, pada Sabtu.

Katanya juga, harga runcit produk petroleum itu akan diselarask­an semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

Lim berkata, pengumuman harga runcit akan dibuat pada Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia