Utusan Borneo (Sabah)

Penurunan harga runcit petrol dan diesel legakan pengguna

-

SIBU: Penurunan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 27 sen dan 14 sen mulai tengah malam Jumaat, sedikit sebanyak melegakan pengguna di sini.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar ini semalam mendapati ratarata mempunyai pandangan masing-masing mengenai penurunan harga bahan api berkenaan.

Bagi Norliza Mohamad, 38, penurunan harga runcit petrol dan diesel yang mula berkuat kuasa tengah malam Jumaat mengurangk­an beban beliau dari segi kos minyak untuk ke tempat kerja.

Menurut Norliza, hampir setiap bulan beliau membelanja­kan kira-kira RM400 untuk perbelanja­an kos minyak kereta ke tempat kerja.

“Saya berasa amat lega kerana harga petrol turun juga akhirnya dan ini sangat-sangat meringanka­n beban saya untuk perbelanja­an kos pengangkut­an ke tempat kerja.

“Jika harga ini dikekalkan pada paras RM2 seliter untuk petrol dan diesel, saya yakin ia juga akan memberi implikasi kepada kos sara hidup yang lain seperti barangan keperluan harian,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat Norliza akan berulang alik dari tempat kerjanya di sebuah sekolah di Jalan SibuBintul­u di sini yang meliputi jarak kira-kira 43 kilometer.

Beliau juga berharap para peniaga mengambil peluang ini untuk menurunkan harga jualan mereka, sekali gus boleh membantu pengguna mengurangk­an kos sara hidup seharian.

Sementara itu, bagi peniaga tempatan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Wahab, 54, mustahil untuk menurunkan harga jualannya walaupun harga bahan api petrol dan diesel turun pada masa ini.

Ini kerana katanya, harga bahan api bekenaan tidak kekal dan boleh jadi akan naik lebih tinggi pada minggu depan.

“Kita sedia maklum bahawa harga bahan api ini hanya untuk minggu ini sahaja iaitu hingga 11 Januari.

“Kalau saya turunkan harga barang jualan saya pada minggu ini, adakah logik untuk saya naikkan kembali pada minggu seterusnya jika harga minyak naik lagi?” soalnya.

“Jadi, soal harga kita tidak boleh sesuka hati untuk turun atau naik seperti harga minyak.

“Jika ini diamalkan, kami peniaga mungkin boleh kehilangan pelanggan,” jelasnya yang merupakan peniaga gerai makanan di sini.

Wahab bagaimanap­un memberitah­u beliau jarang menaikkan harga walaupun harga bahan api berkenaan naik setiap minggu sebelum ini kerana masih memahami bebanan kos sara hidup yang ditanggung pelanggann­ya.

Sementara itu, harga petrol dan diesel akan kekal pada paras berkenaan mulai 12 tengah malam Sabtu, untuk tempoh 5 hingga 11 Januari.

Harga baharu RON95 ialah RM1.93 seliter, manakala RON97 RM2.23 seliter dan diesel RM2.04 seliter.

 ??  ?? NORLIZA
NORLIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia