Utusan Borneo (Sabah)

Pantau peniaga ambil kesempatan

Segelintir peniaga akan menaikkan harga barangan biarpun ada di antaranya tiada kaitan dengan penggunaan petrol, diesel

-

KUCHING: Kerajaan perlu memantau peniaga yang mengambil kesempatan terhadap isu harga minyak, bukan sekadar fokus terhadap pendekatan pengumuman mingguan harga minyak di negara ini.

Ini kerana kebiasaann­ya, jika harga petrol dan diesel diumumkan meningkat, segelintir peniaga akan menjadikan­nya alasan untuk menaikkan harga barangan, walaupun ada di antaranya tiada kaitan dengan penggunaan petrol.

Penurunan harga petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan kelmarin secara langsung akan memberi kesan dalam meringanka­n beban kepada rakyat.

Walaupun demikian, masih ada peniaga mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan sekali gus membebanka­n rakyat.

Penganalis­is ekonomi Profesor Madya Dr Madeline Berma berkata, kebiasaann­ya harga barangan tidak pernah akan turun walaupun harga minyak turun.

“Namun jika harga minyak meningkat, harga barangan mesti meningkat, dan pasti ada peniaga yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga petrol,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Sabtu.

Madeline berkata, kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) setiap minggu sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia, dianggap sesuai.

Menurut beliau, jika sebelum ini petrol dan diesel disubsidi kerajaan dan rakyat hanya perlu membayar harga minyak yang telah disubsidi itu.

Katanya, disebabkan tanggungan yang sangat tinggi, kerajaan telah menarik balik subsidi berkenaan.

“Maka itu, kini kerajaan menggunaka­n kaedah ‘apungan’ setiap minggu berhubung harga minyak yang dijual dan harga ini akan ditentukan oleh harga purata dalam seminggu,” katanya sambil memberitah­u, terdapat dua perkara berkaitan minyak iaitu pertama harga minyak dunia yang turun naik setiap hari.

Kedua, harga minyak dijual di stesen minyak yang ditentukan kerajaan dengan mengambil kira keuntungan kepada pengusaha stesen minyak serta kesan harga minta terhadap pengguna atau rakyat.

Sementara itu, penganalis­is politik Dato Peter Minos berkata, pengumuman itu memang berita baik kepada rakyat dan pengguna.

“Jika ia benar, maka rakyat Malaysia boleh berasa lega daripada bebanan khasnya kos hidup yang tinggi,” katanya.

“Namun jika harga minyak meningkat, harga barangan mesti meningkat, dan pasti ada peniaga yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga petrol.

PROFESOR MADYA DR MADELINE BERMA Penganalis­is ekonomi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia