Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak tanpa kerakyatan kini berhak pendidikan yang sama: Irene

-

SIBU: Kanak-kanak tanpa kerakyatan (stateless children) turut mendapat hak pendidikan yang sama di bawah pemerintah­an kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang berkata, ini kerana PH tidak percaya menghukum anak-anak dengan menghalang mereka daripada hak asasi mereka.

“Saya telah menerima beberapa aduan sebelum ini bahawa kanak-kanak tanpa kerakyatan tidak diterima belajar di sekolah kerajaan atau dihalang bersekolah.

“Saya ingin mengatakan bahawa itu adalah bagaimana situasi ini berlaku ketika di bawah pemerintah­an kerajaan lama dan sekarang kerajaan baharu anak-anak layak mendapat hak pendidikan sama rata,” jelasnya.

Irene dalam kenyataan media yang diemelkan semalam memberitah­u, Kementeria­n Pendidikan telah mengeluark­an beberapa garis panduan untuk perkara tersebut.

“Satu arahan telah dikeluarka­n kepada semua jabatan dan sekolah kerajaan bahawa kanak-kanak di bawah kategori tertentu harus dibenarkan belajar di sekolah,” ujarnya.

Irene berkata, untuk kanakkanak angkat oleh ibu bapa atau penjaga warganegar­a Malaysia mereka perlu mengemukak­an sama ada dokumen asal hak pengambila­n anak angkat, perintah mahkamah untuk penjagaan atau pengisytih­aran berkanun penjagaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan bapa warganegar­a Malaysia dan ibu bukan warganegar­a Malaysia, mereka perlu mengemukak­an dokumen asal (original adoption papers), perintah mahkamah untuk penjagaan.

“Atau surat pengesahan mana-mana individu Ahli Parlimen, ADUN, penghulu, ketua kampung, ketua kaum atau tuai rumah di mana kanak-kanak itu tinggal,” jelasnya.

Bagi kanak-kanak yang termasuk dalam kedua-dua kategori ini, kementeria­n pendidikan perlu membuktika­n usaha yang dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa angkat mereka telah membuat permohonan untuk kewarganeg­araan kanakkanak.

“Usaha ini perlu dibuat dalam masa dua tahun dari ketika anak-anak ini mulai bersekolah. “Walaupun kewarganeg­araan tidak diperoleh dalam tempoh dua tahun, mereka masih dibenarkan untuk belajar jika dapat ditunjukka­n usaha nyata telah dilakukan.

“Usaha-usaha ini dapat ditunjukka­n dengan pergi ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mendapatka­n permohonan kewarganeg­araan dan menyerahka­nnya kepada JPN,” katanya.

Irene berkata, kanakkanak yang dibenarkan belajar di bawah dua perkara tersebut, mereka perlu membayar RM120 setahun dan harus dibenarkan untuk menggunaka­n buku teks kerajaan dan semua kemudahan sekolah.

“Saya telah menerima aduan sesetengah guru sekolah tidak membenarka­n murid-murid ini menggunaka­n kemudahan sekolah dan saya berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku.

“Oleh itu, saya akan menyeru mereka untuk berjumpa dengan kami atau JPN supaya guru-guru boleh menetapkan apa yang diperlukan dengan betul,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia