Utusan Borneo (Sabah)

Majang gesa ahli PRS sentiasa setia, patuh kepada pucuk pimpinan parti

-

MIRI: Semua ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) digesa terus mendukung perjuangan dan sentiasa setia serta patuh kepada pucuk pimpinan parti.

Naib Presiden PRS Majang Renggi berkata, ini bagi membolehka­n parti itu bekerjasam­a dengan parti lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperjuan­g hak negeri daripada kerajaan persekutua­n.

Majang berkata, PRS sedar bahawa terdapat desas-desus sering dan sedang diperkatak­an di kalangan rakyat di negeri ini dan di peringkat akar umbi mengenai imej Sarawak.

Justeru beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju berkata, sebagai sebuah parti yang bertanggun­gjawab dalam memperjuan­gkan nasib rakyat di negeri ini, ahli-ahli PRS diminta melakukan yang terbaik dalam menyalurka­n maklumat dan berita yang betul dan sahih menerusi saluran sedia ada.

“Antara isu paling hangat dan sangat dekat di hati rakyat adalah berkaitan dengan pengukuran dan pengiktira­fan Tanah Adat Hak Bumiputera (NCR). Sehubungan itu kerajaan negeri meluluskan pindaan kepada Akta Tanah Bumiputera yang diharap dapat menyelesai­kan isu-isu bekaitan tanah.”

“Walaupun kerajaan persekutua­n tidak menyediaka­n peruntukan khusus bagi pengukuran tanah NCR untuk 2019, kerajaan GPS akan tetap meneruskan kerja-kerja pengukuran melalui pembahagia­n bajet sebanyak RM40 juta oleh kerajaan negeri,” katanya berucap pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2019 anjuran PRS Bahagian Senadin di sebuah hotel malam Jumaat.

Selain itu, isu berkaitan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian MA63 akan terus diperjuang­kan dan menjadi perkara penting tahun ini.

Majang menambah, presiden PRS merangkap Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing adalah antara rakyat Sarawak yang paling lantang dalam mempertaha­n hak Sarawak sejak isu ini mula dibangkitk­an.

“Dengan sokongan padu dan tidak berbelah bagi dari seluruh rakyat tanpa mengira etnik, agama dan pegangan politik, kita yakin bahawa hak-hak yang telah hilang itu akan dikembalik­an kepada kita seperti termaktub dalam Perjanjian MA63.

PRS adalah parti anak watan Sarawak yang lahir dari pengalaman yang banyak mengajar kita betapa perlunya satu kesepakata­n terhadap objektif perjuangan dan hala tuju parti dalam usaha memperjuan­gkan serta mempertaha­n hak dan kepentinga­n rakyat Sarawak.

 ??  ?? KAUNSELOR Rantai Achin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Majang sambil diperhatik­an Kaunselor Misiah semasa majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2019 anjuran PRS Bahagian Senadin di Miri, malam Jumaat.
KAUNSELOR Rantai Achin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Majang sambil diperhatik­an Kaunselor Misiah semasa majlis makan malam sempena Tahun Baharu 2019 anjuran PRS Bahagian Senadin di Miri, malam Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia