Utusan Borneo (Sabah)

SUPP Kapit santuni empat keluarga mangsa kebakaran

-

KAPIT: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Kapit menghulurk­an sumbangan bantuan wang tunai kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Taman Melatai 1, KM4 Jalan Selirik pada Jumaat.

Penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai pengerusin­ya James Ling Thian Ing dan timbalan Dato Yong Hua Shing.

Hadir sama ialah Ketua Wanita SUPP cawangan Kapit Jenny Yii dan ahli-ahli parti Wong Mee Ing dan Wong Siau Kiew.

James berkata, pemberian sumbangan wang tunai tersebut adalah untuk membantu mangsa membeli barangan keperluan segera sementara menunggu bantuan kerajaan.

“Saya berharap semua mangsa yang terjejas tabah menghadapi musibah sementara menunggu pembinaan rumah baharu,” jelasnya sambil memberikan sokongan moral kepada semua mangsa.

Kejadian tengah malam 3 Januari lepas menyebabka­n 28 mangsa daripada empat keluarga kehilangan harta benda dan tempat tinggal selepas kediaman mereka jenis rumah teres dua tingkat berstruktu­r separuh kekal musnah dalam kebakaran terbabit.

Kebakaran itu turut memusnahka­n sebuah kereta, sebuah motosikal, barangan elektrik, perabot, barangan berharga dan dokumen penting.

SUPP cawangan Kapit sangat prihatin dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan­nya termasuk mangsa bencana alam dan kebakaran.

Tahun lepas (2018) SUPP cawangan Kapit telah menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Nyawai di KM3 Jalan Bukit Goram dan Rumah Lorrie, Nanga Ibau, Batang Rajang.

 ??  ?? JENNY (kanan) mewakili SUPP Cawangan Kapit menyerahka­n sumbangan kepada ketua empat keluarga mangsa kebakaran di Taman Melatai 1, KM4 Jalan Selirik.
JENNY (kanan) mewakili SUPP Cawangan Kapit menyerahka­n sumbangan kepada ketua empat keluarga mangsa kebakaran di Taman Melatai 1, KM4 Jalan Selirik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia