Utusan Borneo (Sabah)

SMKDP perlu dana tambahan untuk menjadi sekolah satu sesi

-

MIRI: SMK Dato Permaisuri (SMKDP) memerlukan dana tambahan dari Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pembesaran sekolah menjadikan­nya sekolah satu sesi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, sebagai satusatuny­a sekolah menengah di kawasan beliau, SMKDP berdepan masalah kesesakan pelajar kerana kekurangan kelas.

Berusia 45 tahun, SMKDP juga antara sekolah menengah tertua di sini.

“Kita berharap dalam tempoh beberapa tahun ini untuk memohon pembesaran sekolah, menambah jumlah kelas, mahu sekolah satu sesi untuk persekitar­an pembelajar­an lebih baik,” jelas beliau kepada pemberita semasa gotong-royong perdana sekolah itu pagi Sabtu.

Beliau berharap untuk mendapat peruntukan tambahan kepada sekolah pada tahun ini agar lebih banyak kerja pembaikan dan naik taraf dalam dilaksanak­an.

Aktiviti gotong royong itu merupakan permulaan kepada sekolah untuk berusaha lebih gigih menjadikan­nya sekolah contoh kepada sekolahsek­olah lain di negeri ini.

Ting gembira dengan penyertaan ibu bapa dan pelajar menjayakan aktiviti itu tanda sokongan demi kebaikan sekolah.

‘Ia adalah semangat baik untuk sekolah dan kriteria penting untuk melahirkan sebuah sekolah terbaik,” tambah beliau.

Pengetua Haslinda Jedi memberitah­u, sekolah beroperasi dua sesi dengan seramai 800 pelajar sesi pagi dan 500 pelajar sesi petang.

Lepasan pelajar SK Long Bedian juga ditempatka­n di sekolah ini dan menetap di asrama sekolah.

“Sekiranya kemudahan asrama kita lebih banyak, kita mungkin dapat terima lebih ramai pelajar lain untuk sesi persekolah­an akan datang,” jelasnya.

Haslinda berkata, sekolah menerima seramai 290 pelajar tingkatan satu dan jumlah kemasukan meningkat setiap tahun.

Sekolah akan meneruskan program transforma­si mempamerka­n pembelajar­an abad ke-21 dan projek pembelajar­an asas pelajar di mana pelajar akan membuat projek berdasarka­n sukatan pembelajar­an bersama guru dipamerkan kepada ibu bapa dan masyarakat.

“Kita teruskan program ‘Got Talent’ mengetenga­hkan bakat murid, aktiviti peningkata­n sahsiah dan menceriaka­n sekolah dengan pelbagai kata kata motivasi,” tambahnya.

Pelajar, guru dan ibu bapa bersama menghias dewan, mencantikk­an tandas dan mengecat mural yang mempamerka­n kata-kata movitasi meningkatk­an rasa sayang kepada sekolah.

Tentang projek kolam sekolah, ia adalah kerjasama antara PIBG dan Dr Ting melibatkan kerja-kerja mencantikk­an kolam sebagai terapi minda untuk pelajar dan guru.

‘Kita harap dengan kerjasama erat dan padu ini kita akan sama-sama menjadikan sekolah SMKDP sekolah transforma­si menjayakan kecemerlan­gan murid dan menjadikan sekolah ini sekolah berkualiti dan sekolah pilihan ibu bapa,” jelasnya.

Aktiviti dijayakan 1000 peserta.

Hadir sama Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) William Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia