Utusan Borneo (Sabah)

38 saman dikeluarka­n dalam Ops Mabuk IPD Padawan

-

KUCHING: Sebanyak 118 kenderaan diperiksa dengan 38 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarka­n sepanjang Ops Mabuk yang diadakan di Batu 5, Jalan Penrissen di sini, awal pagi Sabtu.

Operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan itu diadakan selama empat jam dan berakhir pada jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, pihaknya turut menahan dua pemandu untuk siasatan lanjut kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Dua pemandu telah didapati memandu di bawah pengaruh alkohol selepas ujian alat EBA II (alat penganalis­is nafas) dijalankan dan mereka didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, antara kesalahan lalu lintas yang disaman dalam operasi tersebut ialah cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan dan nombor pendaftara­n yang tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan.

Aidil berkata, operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama pada hujung minggu untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangka­n khususnya di daerah Padawan.

“Operasi ini bertujuan untuk mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya ke tahap paling minimum.

“Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja membahayak­an diri sendiri, malahan pengguna

 ??  ?? Ops Mabuk IPD Padawan di Batu 5, Jalan Penrissen awal pagi Sabtu.
Ops Mabuk IPD Padawan di Batu 5, Jalan Penrissen awal pagi Sabtu.
 ??  ?? SALAH seorang pemandu diperiksa menggunaka­n alat EBA II.
SALAH seorang pemandu diperiksa menggunaka­n alat EBA II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia