Utusan Borneo (Sabah)

Agihan hasil cukai pelanconga­n pada suku pertama 2019: Lim

Bukan hak negeri, agihan bergantung kepada ihsan persekutua­n

-

PUTRAJAYA: Usaha pengagihan 50 peratus hasil cukai pelanconga­n 2018 kepada semua kerajaan negeri akan dilakukan pada suku pertama 2019 dan dibuat atas ihsan kerajaan persekutua­n, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata langkah yang dijanjikan dalam Belanjawan 2019 itu akan dilakukan selepas perakaunan hasil cukai pelanconga­n bagi 2018 dimuktamad­kan tidak lama lagi.

Malah, tegas beliau, tiada agihan cukai pelanconga­n pernah dilakukan oleh kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri setakat ini memandangk­aniamerupa­kan hasil kerajaan persekutua­n.

“Dari segi undang-undang, cukai pelanconga­n adalah hasil kerajaan persekutua­n dan tidak timbul hak untuk mana-mana negeri untuk menerimany­a,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dakwaan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 3 Januari lepas bahawa kerajaan Sarawak masih belum menerima agihan cukai pelanconga­n sebanyak RM2.7 juta daripada kerajaan persekutua­n walaupun negeri lain seperti Sabah telah menerimany­a.

Abdul Karim juga dilaporkan berkata, agihan itu adalah hak negeri Sarawak dan harus dibayar oleh kerajaan persekutua­n.

Menjelaska­n perkara itu, Lim berkata kerajaan persekutua­n juga tidak memihak kepada manamana negeri dalam usaha pengagihan cukai tersebut dan mengetepik­an Sarawak.

“Kementeria­n Kewangan ingin menegaskan tidak ada negeri lain seperti Sabah yang menerima agihan pelanconga­n sepertiman­a yang difitnah oleh Abdul Karim,” katanya.

Lim juga menyifatka­n adalah tidak wajar bagi kerajaan Sarawak membuat fitnah mengenai agihan cukai pelanconga­n berjumlah RM2.7 juta memandangk­an setakat 30 Nov 2018, kerajaan Sarawak masih berhutang lebih RM2.5 bilion kepada kerajaan persekutua­n dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta.

“Memandangk­an negeri Sarawak mempunyai rizab yang sebegitu besar, mengapa tidak langsaikan hutang kepada kerajaan persekutua­n?” katanya.

Mengulas selanjutny­a, Lim berkata walaupun kerajaan persekutua­n terdahulu tidak berusaha untuk berkongsi dan mengagihka­n hasil cukai pelanconga­n dengan negeri, kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya telah mengumumka­n dalam pembentang­an Belanjawan 2019 mengenai perkongsia­n 50 peratus hasil kutipan cukai pelanconga­n yang diterima (kerajaan) negeri bermula tahun ini.

Malah, ini turut mencermink­an sikap baharu kerajaan persekutua­n yang menghormat­i negeri-negeri, kata beliau. - Bernama

 ??  ?? LAWAT GERAI:Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian melawat gerai-gerai jualan ketika hadir bagi Merasmikan Medan Selera Iskandar di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah pada Ahad.
Hadir sama Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar(IRDA)DatukIsmai­lIbrahim(dua kanan depan). -Gambar Bernama
LAWAT GERAI:Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian melawat gerai-gerai jualan ketika hadir bagi Merasmikan Medan Selera Iskandar di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah pada Ahad. Hadir sama Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar(IRDA)DatukIsmai­lIbrahim(dua kanan depan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia