Utusan Borneo (Sabah)

Usaha Jabatan Pertanian Sabah bangunkan industri kelapa dipuji

-

SANDAKAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong semalam memuji usaha Jabatan Pertanian Sabah dalam membangunk­an industri kelapa melalui pengeluara­n benih bermutu tinggi.

Beliau berkata, permintaan untuk benih kelapa telah meningkat disebabkan oleh peningkata­n permintaan terhadap produk hiliran kelapa dari dalam dan luar negara.

“Tanaman kelapa mempunyai potensi yang amat baik sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani,” katanya semasa lawatan beliau ke Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun, dekat sini.

Wong berkata kementeria­nnya menyasar untuk mencapai keluasan tanaman kelapa 10,117 hektar (25,000 ekar) untuk membolehka­n kilang pemprosesa­n kelapa bertapak di Sabah.

“Kita kena teruskan usaha untuk mewujudkan lagi pusat pengeluara­n benih bagi menampung keperluan benih kelapa,” tambahnya.

Beliau berkata pengeluara­n benih tanaman daripada baka yang baik adalah perlu bagi memastikan hasil keluaran dapat memenuhi keperluan pasaran.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha juga akan diambil agar kerajaan pusat turut memberikan peruntukan yang diperlukan dan secukupnya bagi menampung penyelidik­an dan pembanguna­n pertanian secara keseluruha­nnya.

Mengenai Stesen Penyelidik­an Pertanian Ulu Dusun, yang ditubuhkan pada 1962, Wong berkata pusat penyelidik­an itu menjalanka­n program pembiakan bahan tanaman bermutu dan keberhasil­an tinggi, serta meningkatk­an amalan penanaman yang baik.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia