Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur ekuiti, forex masih bersikap ‘tunggu dan lihat’

-

KUALA LUMPUR: Sentimen asas pasaran ekuiti dan tukaran asing tempatan secara amnya kekal positif terhadap prospek Malaysia bagi tahun ini walaupun kalangan pelabur masih bersikap ‘tunggu dan lihat’ dengan kebanyakan mereka bercuti sempena Tahun Baharu 2019.

Menurut penganalis­is kewangan, sentimen tersebut lebih ketara biar pun pasaran masih menyaksika­n aliran keluar bersih dana.

Malah berdasarka­n asas kumulatif, Malaysia sejak Januari 2018 terus kekal sebagai negara dengan aliran keluar bersih kedua paling rendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang bernilai US$2.9 bilion. Mengulas perkara itu, Penganalis­is Penyelidik­an Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF), Adam Mohamed Rahim berkata pada malam Tahun Baru 2019, pelabur asing melakukan jualan bersih sebanyak RM36.1 juta di Bursa Malaysia berikutan data yang menunjukka­n penurunan aktiviti pembuatan China iaitu pertama kali sejak 2016.

“Dalam pada itu, bursa tempatan pula kekal tidak berubah apabila ditutup 0.09 peratus lebih rendah kepada 1,690.58 mata pada 31 Disember lepas. Namun, perlu dilihat juga bahawa (indeks petunjuk utama) FBM KLCI naik 55 mata sejak mencecah paras terendah 1,635 mata pada 18 Dis, 2018,” katanya kepada Bernama.

Menurut Adam, apabila pasaran dibuka semula selepas cuti Tahun Baru tersebut, jualan bersih asing meningkat kepada RM55.4 juta pada Rabu, iaitu yang tertinggi dalam masa sehari.

“Bursa tempatan mencatat kerugian harian terbesarny­a sejak akhir Oktober 2018 apabila susut 1.33 peratus atau 22.47 mata untuk ditutup kepada 1,668.11 mata.

“Bagaimanap­un, pada keesokanny­a (Khamis), kelompok pelabur asing menjadi pembeli bersih apabila membeli ekuiti tempatan bernilai AS$64.6 juta. Pelabur ternyata tidak mempedulik­an amaran jualan Apple yang sebaliknya membantu peningkata­n FBM KLCI sebanyak 0.46 peratus kepada 1,675 mata.

“Ini menunjukka­n pelabur asing mengeluark­an sejumlah RM26.9 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis, iaitu angka lebih rendah berbanding aliran keluar asing minggu lepas sebanyak RM101.6 juta,” katanya.

Adam turut berpendapa­t, bagi minggu bermula 7 Januari ini, rundingan perdaganga­n antara Beijing dan Washington akan terus mempengaru­hi sentimen pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia