Utusan Borneo (Sabah)

Mungkin menjadi sumber kepada ketidaksta­bilan pasaran juga

-

KUALA LUMPUR: Perbincang­anantaraAm­erika Syarikat (AS) dan China berhubung perdaganga­n dua hala mereka dijangka mempengaru­hi pasaran ekuiti minggu ini, kata seorang pakar ekonomi.

Ia juga mungkin menjadi sumber kepada ketidaksta­bilan pasaran, kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata pemain pasaran ketika ini bimbang dengan pergolakan dalam pasaran global.

“Secara umumnya perniagaan semakin mengelak risiko apabila sesetengah negara terutamany­a China dan negaranega­ra ASEAN mencatatka­n indeks pembuatan di bawah paras 50 mata.

“Malahan, indeks pembuatan AS ISM menunjukka­n trend yang serupa, susut sebanyak 5.2 mata kepada 54.1 pada Disember 2018.

“Kebiasaann­ya, perniagaan akan mengurangk­an perbelanja­an modal dan pengambila­n pekerja mereka kerana mereka akan lebih berhati-hati dengan prospek permintaan, jadi kami menjangka pasaran ekuiti kekal lemah dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata paras sokongan semasa berada pada 1,653.

FBMKLCI mungkin menguji paras ini sekiranya perbincang­an itu tidak mencapai hasil yang positif, katanya.

Bagi minggu dagangan singkat yang baharu berakhir ini, FBM KLCI diniagakan kebanyakan­nya rendah terjejas disebabkan terutamany­a oleh faktor-faktor luar seperti keadaan politik AS yang tidak menentu, kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n lemah ekonomi global dan ura-ura kemungkina­n kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS.

Bursa tempatan dan anak syarikatny­a ditutup pada Selasa sempena cuti umum Tahun Baharu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FBM KLCI turun 22.29 mata kepada 1,669.78.

Indeks FBM Emas susut 124.28 mata kepada 11,413.02, Indeks FBMT100 jatuh 131.24 mata kepada 11,323.34, FBM 70 berkuranga­n 67.72 mata kepada 13,023.80, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 152.51 mata kepada 11,356.91 tetapi FBM Ace naik 34.23 mata kepada 4,294.43.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 99.90 mata kepada 17,241.79, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 1.18 mata kepada 165.63, manakala Indeks Perladanga­n jatuh 16.84 mata kepada 6,880.90.

Perbanding­an Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 7.22 bilion unit bernilai RM4.79 bilion daripada 5.70 bilion unit bernilai RM4.15 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.17 bilion unit bernilai RM4.37 bilion berbanding 4.16 bilion saham bernilai RM3.85 bilion.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.23 bilion unit bernilai RM282.94 juta berbanding 948.80 juta unit bernilai RM202.97 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 719.60 bilion saham bernilai RM127.20 juta berbanding 556.26 juta saham bernilai RM90.05 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia