Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah dijangka meningkat

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n harga dagangan lebih tinggi pada minggu ini berikutan peningkata­n permintaan komoditi, didorong oleh sentimen optimis bahawa pertikaian perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China kian reda serta pengukuhan harga minyak, kata peniaga.

Menurut peniaga, prestasi pasaran hadapan getah itu akan turut dipengaruh­i oleh pasaran hadapan serantau termasuk di Shanghai.

“Pada minggu depan (minggu ini), para pedagang akan turut memantau data pengeluara­nindustrit­empatan pada November 2018 yang dijadual diumumkan pada 11 Januari bagi menentukan hala tuju seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu dagangan singkat ini, pasaran getah Malaysia memulakan dagangan tahun ini dengan kebanyakan­nya tinggi, dipacu oleh permintaan dan pasaran hadapan komoditi yang ketara serta harga minyak yang lebih kukuh.

Pada asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, hargaharga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 menokok 37.5 sen kepada 558.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 12.5 sen kepada 392.00 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 meningkat 45.5 sen kepada 567.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 11 sen kepada 396.00 sen sekilogram.

Pasaran ditutup pada Selasa bersempena cuti Tahun Baharu 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia