Utusan Borneo (Sabah)

Tumpu pengundi atas pagar

PH tak pandang rendah BN di Cameron Highlands

-

KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) tidak memandang rendah kekuatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata Ketua Sekretaria­tnya Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata PH menghormat­i BN kerana pertembung­an mereka pada PRK Cameron Highlands 26 Jan ini adalah ‘unik’ memandangk­an ia PRK pertama diadakan di kawasan yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH Ketua Sekretaria­t PH (PRU14).

“Bukan hanya (Parlimen Cameron Highlands) dimenangi BN sebelum ini, tetapi ini juga kali pertama kita berdepan PRK di negeri yang masih di bawah pentabiran BN selepas PRU14.

“Pada dua PRK di Selangor dan PRK Parlimen Port Dickson lalu, pentadbira­n negeri dan Putrajaya adalah di bawah PH. Jadi kami melihat ini sebagai pertembung­an yang menarik minat ramai orang,” katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan 2,050 peserta larian Ultron Kuantan New Year Run and Ride 2019 anjuran bersama Adham Bike Centre di Indera Mahkota 7, di sini pada Ahad.

Beliau menambah PH juga tidak memandang rendah kekuatan BN di Cameron Highlands kerana peratusan pengundi Orang Asli yang agak besar di situ, memerlukan mereka mengatur strategi tersendiri.

PH juga akan memberi tumpuan kepada pengundi atas pagar kerana golongan ini dilihat sebagai pihak penentu pada PRK Cameron Highlands, katanya.

“Kerisauan kita pada PRK Cameron Highlands adalah peratusan keluar mengundi kerana ada waktunya peratusan keluar mengundi adalah rendah pada PRK... bagaimanap­un semua parti dalam PH sudah sepakat untuk bertugas sepenuh masa bagi membantu kemenangan calon,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Okt lalu, yang membatalka­n kemenangan calon BN Datuk C. Sivarraajh ekoran berlaku unsur rasuah pada PRU14. - Bernama

“PH menghormat­i BN kerana pertembung­an mereka pada PRK Cameron Highlands 26 Jan ini adalah ‘unik’ memandangk­an ia PRK pertama diadakan di kawasan yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). ”

 ??  ?? SAIFUDDIN (tengah) yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota bergambar bersama sebahagian peserta ketika melepaskan peserta Larian Tahun Baru Ultron Kuantan 2019 pada Ahad. -Gambar Bernama
SAIFUDDIN (tengah) yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota bergambar bersama sebahagian peserta ketika melepaskan peserta Larian Tahun Baru Ultron Kuantan 2019 pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia