Utusan Borneo (Sabah)

PRK Cameron Highlands: PH Perak akan hantar jentera

-

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak akan menghantar beberapa jentera daripada parti komponen PH negeri bagi membantu kelancaran proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, pada 26 Jan ini.

Tanpa menyatakan jumlah jentera, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu akan dibincangk­an dalam satu mesyuarat yang akan diadakan bersama kesemua parti komponen PH Perak nanti.

“PH Perak akan bantu rakan-rakan Pahang dengan menghantar pasukan daripada parti-parti komponen untuk berkampung di Cameron Highlands dalam memastikan calon kita menang bergaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Sihat Bersama Parlimen Tambun di sini pada Ahad.

Beliau, yang juga Pengerusi Bersatuneg­eri,berkataden­gan semangat Malaysia Baharu, PH negeri akan bersamasam­a untuk membantu dan berkhidmat demi rakyat.

Pada 4 Jun tahun lepas, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiha­ran bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada 30 Nov 2018, Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan Sivarraajh terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Pada 28 Dis, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengesahka­n Sivarraajh, yang juga Naib Presiden MIC, tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

SPR menetapkan 12 Jan bagi penamaan calon PRK itu manakala hari mengundi awal 22 Jan dan hari pengundian 26 Jan.

Ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai cadangan kontrak kerajaan diberi kepada ketua bahagian dan cawangan dalam Perhimpuna­n Agung parti baru-baru ini, beliau berkata ia perlu diberikan kepada mereka yang berkelayak­an sahaja.

“Untuk memberi kepada sesiapa secara sewenangny­a, ini adalah perkara yang kita tentang dahulu.

“Saya tidak mahu bidas apa yang Tan Sri (Rashid) katakan kerana beliau seorang yang amat berjasa kepada negara tetapi Perdana Menteri sebelum ini telah berkata kontrak hanya akan diberikan kepada syarikat yang layak,” katanya.

Semalam, Abdul Rashid berkata, perkara itu dicadangka­n selepas menerima aduan ketua bahagian dan cawangan di seluruh negara yang tidak mempunyai dana dan sukar melaksanak­an program di kawasan masing-masing.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia