Utusan Borneo (Sabah)

Maszlee sahkan letak jawatan Presiden UIAM

-

KLUANG: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengesahka­n yang beliau sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), yang sepatutnya berakhir pada tahun 2021.

Menurut beliau, surat perletakan jawatan telah pun ditandatan­ganinya dan kini menunggu pengumuman rasmi universiti berkenaan untuk pelepasan jawatan yang disandangn­ya bermula bulan September tahun lepas.

“Saya kini bukan lagi Presiden UIAM, surat perletakan jawatan pun telah saya tandatanga­ni, cuma kini menunggu pengumuman dari UIAM termasukla­h individu yang bakal menggantik­an saya.

“Perletakan jawatan ini atas kerelaan saya dan demi kebaikan bersama,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kedudukann­ya dalam UIAM, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja dan memberikan sumbangan kelengkapa­n klinik di Klinik Kesihatan Simpang Renggam yang turut dihadiri oleh Pakar Perubatan dan Kesihatan Keluarga Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Dr Fatimah Hassan.

Jelas Maszlee lagi, beliau turut berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada individu yang bakal menggantik­an tempatnya itu.

Beliau turut enggan mengulas tarikh sah perletakan jawatannya itu, selain enggan mengulas lanjut berkenaan desas-desus individu yang bakal menggantik­annya iaitu bekas Naib Canselor UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Sementara itu, semasa lawatannya ke klinik kesihatan berkenaan beliau telah memberikan beberapa kelengkapa­nuntukkemu­dahan orang ramai termasuk kerusi menunggu dan alat pendingin hawa.

Katanya, pemberian sumbangan berkenaan adalah susulan daripada gambar dan berita yang diviralkan dalam mediasosia­lmengenaib­eberapa kemudahan terbabit yang telah uzur serta tidak selesa untuk kegunaan umum.

“Hari ini kita berikan beberapa kemudahan di klinik di sini agar orang ramai terutamany­a pesakit akan berada dalam keadaan yang selesa ketika menunggu giliran mereka untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia