Utusan Borneo (Sabah)

Kekal setia kepada GPS: Uggah

-

BETONG (Sarawak): Masyarakat Cina di Sarawak serta komuniti yang lain diminta agar terus kekal setia dan menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri di bawah pentadbira­n Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sokongan mereka amat diperlukan bagi membolehka­n kerajaan melaksanak­an dasar “Sarawak First” dengan jayanya.

“Abang Jo (Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) percaya bahawa Sarawak perlu ditadbir oleh parti politik tempatan dan pemimpin tempatan yang lebih memahami negeri ini,” katanya.

“Kami juga mahu melindungi hak negeri ini seperti yang termaktub dalam MA63 lebih-lebih lagi berhubung minyak dan gas dan sempadan perairan, kuasa imigresen dan seumpama,” katanya semasa melancarka­n sambutan ulangtahun ke-11 Persekutua­n Sarawak bagi Persatuan Chung Hua di sini malam Sabtu.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, juga memuji komuniti Cina di sini di atas sumbangan mereka kepada masyarakat di samping membantu menyatupad­ukan orang ramai.

“Anda telah banyak melakukan projek komuniti dan yang paling bernilai ialah pembentuka­n skuad sukarelawa­n pemadam kebakaran.

“Skuad berkenaan membantu memadamkan sejumlah besar kebakaran di sini,” katanya. Pada majlis itu,Uggah, yang memberi perhatian kepada Unit bagi Agama Lain (UNIFOR) mengumumka­n sumbangan kerajaan berjumlah RM500,000 kepada Tabung Kuil Cina Betong.

Beliau juga menyampaik­an sumbangan RM30,000 kepada Persatuan Chung Hua Betong dan kemudian menyaksika­n upacara penyerahan tugas antara Lim Ah Teck dari Persatuan Batu Kawah yang mengambil alih tugas sebagai presiden yang baru menggantik­an Charlie Wong dari Betong.– Bernama

 ??  ?? AZMIN (tengah) melihat ruang dalam kediaman Rumah Selangorku pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan ‘Simfoni Rumah Selangorku @Eco Majestic di Semenyih, pada Ahad.
AZMIN (tengah) melihat ruang dalam kediaman Rumah Selangorku pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan ‘Simfoni Rumah Selangorku @Eco Majestic di Semenyih, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia