Utusan Borneo (Sabah)

Lim: MCA perlu siasat sumber dana pilihan raya RM16.5 juta

-

GEORGE TOWN:MCA pada Ahad digesa menyiasat sumber dana RM16.5 juta yang dikatakan diperoleh mereka daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden MCA sebelum ini Tan Sri Dr Chua Soi Lek pada tahun lepas mengaku bahawa MCA adalah antara parti yang menerima dana pilihan raya.

“Sekarang ini presiden parti MCA perlu menyiasat sumber dana itu, dan bukannya hanya ‘cuci tangan’. Sekiranya ia daripada skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), dana itu seharusnya dikembalik­an kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selaku presiden parti tidak seharusnya mengambil sikap tidak ambil peduli dengan mendakwa parti itu tidak menerima walau satu sen.

Lim berkata demikian semasa mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang memetik Wee sebagai berkata sejak beliau menjadi timbalan presiden MCA 21 Dis lepas, tidak ada satu sen pun diterima parti itu.

Limyangjug­aMenteriKe­wangan kemudianny­a merujuk kepada pentadbira­n kerajaan semasa yang menurutnya tidak pernah mengambil sikap tidak peduli terhadap sebarang perbuatan ‘tidak betul’ kerajaan terdahulu dengan mengambil tanggungja­wab sepenuhnya, contohnya seperti pembayaran balik RM19.47 bilion CukaiBaran­gandanPerk­hidmatan, yang tidak dilaksanak­an oleh kerajaan terdahulu.

“Ia sama sahaja, tapi kami tidak ‘mencuci tangan’, sebaliknya kami bekerja keras mencari jalan untuk melangsaik­an pembayaran balik GST kepada syarikat-syarikat dan individu berkenaan,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas Dr Chua dilaporkan secara terbuka mengakui bahawa bekas Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengagihka­n RM470 juta kepada parti-parti komponen BN pada pilihan raya 2013 dan MCA adalah salah seorang penerima.

Sementara itu Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Datuk Seri Hong Yeam Wah mengumumka­n PCCC akan menganjurk­an program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang akan akan dihadiri Lim pada 5 Feb di Setia Spice Convention Centre.

Beliau berkata program itu akan dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Yang Dipertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, para Anggota Dewan Undangan Negeri, Anggota Parlimen dan 50 pertubuhan di bawah PCCC

“Kami amat berbangga dalam menganjurk­an acara ini buat kali pertamanya, untuk Menteri Kewangan dari Pulai Pinang, dan kami menjemput orang ramai dari segenap lapisan masyarakat untuk hadir sama ke acara ini,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia