Utusan Borneo (Sabah)

Pusat media PA diserbu, Hamas berkas lima individu

Pelancong Kanada ditahan di Syria: Ottawa

-

OTTAWA: Seorang pelancong Kanada telah ditahan di Syria, menurut Ottawa kelmarin, selepas media tempatan melaporkan lelaki itu telah pergi ke sebuah kampung berhampira­n dengan sempadan Lubnan di kawasan yang dikawal rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pihak media Kanada menyatakan tiada petunjuk bagi penduduk asal British Columbia Kristian Lee Baxter, 44, sejak 1 Disember.

Dikatakan sebagai seorang pengembara oleh rakan-rakan dan keluargany­a, Baxter tidak menghubung­i sesiapa pun sejak tiba di sebuah perkampung­an Syria di mana abang iparnya telah dilahirkan.

Beliau telah pergi ke sana di sebalik peperangan kejam yang melanda Syria sejak 2011.

Jurucakap Global Affairs Canada memberitah­u, seorang rakyat Kanada telah ditahan di Syria tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Sejak peperangan Syria meletus, Ottawa telah menggesa rakyat Kanada bagi mengelakka­n perjalanan ke negara tersebut.

Konflik telah membunuh lebih 360,000 orang dan berjuta-juta orang lagi kehilangan tempat tinggal.

“Situasi keselamata­n di sekitar Syria dengan jelasnya menghalang kemampuan kerajaan Kanada bagi menyediaka­n bantuan konsular,” menurut Global Affairs dalam respon kepada satu pertanyaan, ketika menjelaska­n perkhidmat­an konsular telah disediakan kepada kaum keluarga dan individu yang terlibat sebanyak mungkin.

Kanada telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Damsyik sejak konflik bermula. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia