Utusan Borneo (Sabah)

PM Australia kecam protes perkauman di Melbourne

-

SYDNEY: Perdana Menteri Scott Morrison semalam telah menghentam “protes perkauman yang teruk” di bandar kedua terbesar di Australia, selepas sebahagian dari penunjuk perasaan haluan kanan telah dilihat melakukan tabik Nazi.

Satu rali anti-imigrasi di St Kilda Beach di Melbourne menarik ratusan orang penunjuk perasaan dan penghalang penunjuk perasaan kelmarin, namun satu kehadiran ramai Polis Victoria telah berjaya memastikan kedua-dua kumpulan itu berjauhan.

“saya berterima kasih kepada polis Vic bagi usaha mereka berdepan dengan bantahan perkauman yang teruk yang kita lihat di St Kilda kelmarin. Sikap tidak bertoleran­si tidak akan menjadikan Australia menjadi lebih kuat,” menurut Morrison.

“Australia merupakan negara migran paling berjaya di dunia... Marilah kita meneruskan keadaan sebegitu, ia membuatkan Australia semakin kuat.”

Pesuruhjay­a Polis Victoria Tony Silva menyatakan kelmarin terdapat tiga tangkapan dilakukan namun tiada anggota polis atau orang awam yang diketahui sebagai mengalami kecederaan.

Imigrasi kekal sebagai satu isu yang sangat panas di Australia di sebalik kebimbanga­n mengenai pekerjaan dan keadaan yang terlalu sesak si bandar-bandar utama.

Hampir separuh dari 25 juta orang penduduk di Australia adalah sama ada dilahirkan di luar negara atau mempunyai sekurang-kurangnya seorang dari ibu bapa yang dilahirkan di luar negara.

Rali telah dianjurkan oleh beberapa orang pengasas bagi United Patriots Front, yang menjalanka­n beberapa tunjuk perasaan anti-imigrasi di Melbourne dari semasa ke semasa.

Mereka menyatakan bantahan kelmarin adalah membantah keganasan kumpulan samseng Afrika dan jenayah belia di bandar.

Lokasi bagi bantahan mereka, subbandar dalam bandar St Kilda, dan berhampira­n

Caulfield, mempunyai populasi Yahudi yang agak ramai.

Senator bebas haluan kanan Fraser Anning yang menuntut “satu solusi terakhir” untuk imigrasi dalam ucapan pertamanya kepada Senat pada tahun lepas – telah menghadiri rali St Kilda dan menyatakan ia sebagai “permulaan bagi sesuatu yang lebih besar.”

Morrison, yang mana pakatan konservati­f beliau Liberal-Nasional sedang berusaha untuk terus memegang kuasa dalam sebuah kerajaan minoriti, pada tahun lepas telah berjanji untuk mengurangk­an pengambila­n migrasi tetap di Australia bagi menangani kesesakan di bandar-bandar besar.

Namun pengkritik di dalam kerajaan menyatakan ia sebagai memenuhi kepada pandangan pihak sayap kanan dalam pakatan dan ahli politik haluan kanan yang lain sebelum pilihan raya negara yang akan dilaksanak­an pada pertengaha­n Mei. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia