Utusan Borneo (Sabah)

Filipina terus terjejas bencana

Korban banjir, tanah runtuh gara-gara ribut tropika Umar cecah 126

-

MANILA: Angka kematian akibat satu serangan ribut yang menjejaska­n Filipina sejurus selepas Krismas meningkat sehingga 126 orang, menurut pihak berkuasa semalam, sambil menambah tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat sebagai punca utamanya.

Ribut melanda pulau di tengah dan timur Filipina pada 29 Disember dan menyebabka­n banjir teruk dan tanah runtuh.

Lebih 100 terkorban di wilayah pergununga­n Bicol di tenggara Manila, menurut pegawai bencana wilayah.

Ketika wilayah Bicol sering dilanda taufan berbahaya, ramai gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan kerana ribut itu tidak cukup kuat untuk dianggap sebagai taufan di bawah sistem amaran ribut oleh pihak kerajaan, menurut pegawai pertahanan awam.

Pihak berkuasa turut menyatakan ramai penduduk teragak-agak untuk meninggalk­an rumah mereka semasa cuti Krismas.

“Dalam masa dua hari sahaja Usman menurunkan hujan yang lebih daripada jumlah sebulan di wilayah Bicol,” kata jurucakap agensi bencana negara Edgar Posadas, menggunaka­n nama tempatan bagi ribut yang menjadi semakin lemah ketika memasuki kawasan bertekanan rendah.

“Operasi mencari dan mendapatka­n kembali sedang dilakukan namun lumpur melekit serta keadaan tanah tidak stabil merupakan satu cabaran.”

Angka kematian kemungkina­n meningkat kerana 26 orang masih hilang, tambah Posadas.

Lebih 152,000 kehilangan tempat tinggal akibat ribut dan 75 mengalami kecederaan, menurut agensi bencana negara.

Presiden Rodrigo Duterte telah melawat kawasan yang dilanda ribut pada Jumaat lepas dan menggesa pihak berkuasa membina beberapa pusat penempatan sementara berbanding menggunaka­n sekolah sebagai tempat perlindung­an bagi mangsa terselamat.

Kira-kira 20 jenis taufan dan ribut yang melanda Filipina setiap tahun, mengorbank­an ratusan orang.

Ribut yang paling berbahaya sejak beberapa tahun adalah Taufan Kuat Haiyan yang menyebabka­n lebih 7,360 mati atau hilang di sekitar bahagian tengah Filipina pada 2013. — AFP

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam dari udara pada 29 Disember lalu dan dikeluarka­n Jabatan Jurugambar Presiden semalam menunjukka­n keadaan tanah runtuh akibat hujan lebat yang berpunca daripada kemaraan ribut tropika Usman di wilayah Camarines Sur. — Gambar AFP
GAMBAR yang dirakam dari udara pada 29 Disember lalu dan dikeluarka­n Jabatan Jurugambar Presiden semalam menunjukka­n keadaan tanah runtuh akibat hujan lebat yang berpunca daripada kemaraan ribut tropika Usman di wilayah Camarines Sur. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia