Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Burkina Faso tinjau lokasi pertempura­n berdarah

-

OUAGADOUGO­U: Presiden Burkina Faso kelmarin telah melawat kawasan kejadian bagi pertempura­n etnik di mana 47 terbunuh pada awal minggu ini.

Presiden Roch Marc Christian Kabore berkunjung ke kampung Yirgou di tengahutar­a Burkina Faso di mana pada Selasa dan Rabu lepas 47 orang telah terbunuh selepas satu serangan pelampau mencetuska­n ketegangan, menurut kerajaan.

“Tiada apa-apa, langsung tiada apa-apa boleh mewajarkan keganasan kejam ini,” kata beliau, menyatakan kesan dari pertempura­n sebagai membinasak­an.

Penduduk menyatakan bahawa selepas serangan pelampau itu, penduduk kampung yang berasal dari kumpulan etnik Mossi telah menyerang sebuah kem berhampira­n pengembala nomad Fulani kerana menuduh mereka bersubahat dengan militan.

fail 22 Disember lalu menunjukka­n Kabore semasa menghadiri mesyuarat serantau di Abuja, Nigeria.

Kabore, ditemani beberapa pegawai tempatan dan anggota parlimen, menemui penduduk kampung dan pergi ke kem pengembala yang digeledah.

Burkina Faso terletak di tengah Sahel yang luas dan miskin di bahagian selatan Sahara.

Wilayah tersebut menjadi sebuah kawasan panas kegiatan ekstremis selepas ketegangan melanda Libya pada 2011, diikuti dengan satu keganasan Islamis di utara Mali dan kebangkita­n Boko Haram di Nigeria.

Serangan jihad bermula di utara Burkina Faso pada 2015 namun kemudian merebak ke timur, berhampira­n sempadan dengan Togo dan Benin.

Burkina telah mengumumka­n perintah darurat di wilayah-wilayah dalam tujuh daripada 13 wilayah pentadbira­nnya di negara itu selepas 10 askar upahan terkorban berhampira­n sempadan dengan Mali. — AFP

 ??  ?? GAMBAR — Gambar Reuters
GAMBAR — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia