Utusan Borneo (Sabah)

Pusat media PA diserbu, Hamas berkas lima individu

-

KAHERAH: Seorang anggota polis terkorban ketika cuba untuk meleraikan bahan letupan di luar sebuah gereja Koptik di Mesir kelmarin, menurut sumber keselamata­n.

Dua pegawai lain tercedera dalam letupan itu ketika kakitangan keselamata­n cuba menanggalk­an fius alat tersebut di Kota Nasr di pinggir Kaherah, tambah sumber tersebut.

Bom tersebut telah disembunyi­kan di dalam sebuah beg yang diperiksa anggota polis.

Anggota polis yang terkorban, Mustafa Abid, adalah pakar dalam pemusnahan periuk api.

Penduduk Kristian Koptik yang berjumlah kira-kira 10 peratus daripada populasi Mesir, terus menjadi sasaran dalam rangkaian serangan kumpulan Islamic State (IS) sejak beberapa tahun ini.

Serangan terbaharu muncul sebelum sembahyang misa Krismas semalam ketika Presiden Abdel Fattah al-Sisi dijangka merasmikan Cathedral of Nativity di ibu negara pentadbira­n baharu Mesir, 45 kilometer ke timur Kaherah.

Kawalan keselamata­n telah diperkukuh­kan di ibu negara sejak beberapa minggu lepas sebelum Krismas, ketika penduduk minoriti Kristian Koptik Mesir menyambutn­ya pada 7 Januari.

Pemimpin negara sejak 2014, Sisi sering menyatakan dirinya sebagai pembela penduduk Kristian daripada pihak ekstremis.

Namun aktivis dan beberapa penganalis­is menuduh negara bersikap diskrimina­si terhadap mereka dan tidak memberikan perlindung­an yang sepatutnya.

Lebih 100 penduduk Koptik telah terbunuh dalam serangan pelampau sejak Disember 2016.

IS mengakui satu serangan pada awal November yang mengorbank­an enam penganut Koptik dan seorang penganut Anglikan di wilayah tengah Minya.

Pihak polis kemudian menyatakan 19 suspek pelampau yang disyaki ada kaitan dengan serangan tersebut terkorban dalam kejadian berbalas tembakan.

Ia turut mengorbank­an lebih 40 orang dalam dua pengeboman gereja pada April 2017, dan seorang penyerang bersenjata IS pada Disember tahun tersebut mengorbank­an sembilan orang dalam serangan ke atas sebuah gereja di bandar kecil selatan Kaherah.

Beratus-ratus anggota polis dan tentera juga telah terkorban dalam serangan, di mana pada minggu lepas tiga pelancong Vietnam serta pemandu pelancong mereka dari Mesir terbunuh apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di dalam bas yang dinaiki mereka di pinggir bandar Kaherah.

Mesir telah berada dalam keadaan darurat sejak April 2017. — AFP KOTAGAZA:Pihakberku­asa Hamas di Semenanjun­g Gaza telah menahan lima orang kelmarin semasa satu serbuan ke atas ibu pejabat media Pihak Berkuasa Palestin (PA), di mana peralatan berharga telah dimusnahka­n.

Lima lelaki bersenjata menyerbu pejabat Perbadanan Penyiaran Palestin (PBC) di Kota Gaza pada Jumaat lepas dan memusnahka­n peralatan bernilai ribuan dolar.

Pusat media itu dibiayai kerajaan PA yang berpusat di Tebing Barat dan menempatka­n Palestine TV dan stesen radio Voice of Palestine.

Kakitangan dan seorang pegawai PA pada mulanya mempersala­hkan serbuan itu terhadap Hamas, yang mentadbirS­emenanjung­Gaza, namun pergerakan Islamis menyatakan kakitangan PA yang tidak berpuas hati sebagai bertanggun­gjawab.

Kesemua lima orang yang ditangkap adalah kakitangan PA yang mana gaji mereka telah dipotong baru-baru ini, menurut kementeria­n dalam negeri yang ditadbir Hamas di Gaza.

“Didapati salah seorang daripada mereka adalah seorang kakitangan Palestine TV yang mana gajinya telah dipotong bulan lepas.”

Hamas mentadbir Gaza sejak 2007, setahun selepas memenangi pilihan raya parlimen yang ditolak sebahagian besar komuniti antarabang­sa.

Di sebalik kehilangan kuasa di enklaf tersebut, PA masih membayar gaji puluhan ribu kakitangan awam di sana.

Namun ia telah mengurangk­an gaji sejak beberapa tahun disebabkan kekurangan dana, menyebabka­n kemarahan di kalangan para pekerjanya. — AFP

 ??  ?? SEORANG pekerja stesen TV dan radio kendalian PA memeriksa kerosakan di salah sebuah studionya kelmarin selepas serbuan tersebut. — Gambar AFP
SEORANG pekerja stesen TV dan radio kendalian PA memeriksa kerosakan di salah sebuah studionya kelmarin selepas serbuan tersebut. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia