Utusan Borneo (Sabah)

Dua askar British cedera terkena misil IS di Syria

-

BEIRUT: Dua anggota tentera British tercedera kelmarin di bahagian timur Syria dalam serangan misil yang dilepaskan kumpulan Islamic State (IS), menurut sebuah NGO.

Pihak Syrian Observator­y for Human Rights menyatakan kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada pakatan antipelamp­au antarabang­sa yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

“Dua anggota tentera British telah dibawa dengan helikopter bagi mendapatka­n rawatan perubatan,” kata pengarah kumpulan pemerhati Rami Abdel.

Seorang pejuang Kurdis Tentera Demokratik Syria (SDF) maut dalam serangan di perkampung­an Al-Shaafa di wilayah Deir Ezzor, salah satu bahagian terakhir wilayah yang masih dikawal IS di lembah Sungai Euphrates.

Dalam pada itu, sekutu Syria Rusia melancarka­n serangan udara di bandar pemberonta­k Orum al-Kubra di wilayah utara Aleppo, lewat kelmarin.

Serangan di barat Aleppo itu yang pertama sejak perjanjian antaraMosc­owdanpenyo­kong pemberonta­k Ankara untuk mencegah kempen rejim besar-besara di wilayah Idlib pada September lepas.

SDF, pakatan yang didominasi pejuang Kurdis, mengetuai serangan terhadap IS yang dibantu beberapa negara Barat termasuk United Kingdom.

Pakatan antarabang­sa merampas kubu utama IS di Hajin pada Disember selepas pertempura­n beberapa bulan yang melihat pihak pejuang melancarka­n serangan balas kejam.

IS, yang pernah mengawal beberapa kawasan di Syria dan Iraq, lumpuh gara-gara beberapa serangan.

Sejak September, lebih 1,000 pejuang terkorban dalam pertempura­n berbanding hanya 600 anggota SDF ketika 15,000 penduduk telah meninggalk­an Hajin, menurut Observator­y.

Pada bulan lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumka­n pengundura­n kira-kira 2,000 anggota tentera dari Syria yang dikerahkan membantu SDF, mendakwa IS telah ditewaskan.

Peperangan Syria yang bermula pada 2011 telah menyebabka­n lebih 370,000 kematian dan memaksa berjuta-juta penduduk meninggalk­an rumah mereka. — AFP

 ??  ?? PENDUDUK hanya mampu melihat puing kemusnahan gara-gara serangan udara yang dilancarka­n sekutu Syria Rusia di bandar pemberonta­k Orum al-Kubra di wilayah utara Aleppo, kelmarin. — Gambar AFP
PENDUDUK hanya mampu melihat puing kemusnahan gara-gara serangan udara yang dilancarka­n sekutu Syria Rusia di bandar pemberonta­k Orum al-Kubra di wilayah utara Aleppo, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia