Utusan Borneo (Sabah)

PBB kesali keputusan Somalia usir utusan

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU: Majlis Keselamata­n PBB kelmarin menyuaraka­n kekesalan selepas Somalia mengusir utusannya namun masih menjangkak­an kerjasama penuh dengan Somalia.

Pihak majlis mengeluark­an kenyataan sebulat suara mengecam selepas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat lepas bersetuju untuk melantik seorang wakil PBB yang baharu bagi menggantik­an Nicholas Haysom, yang disahkan sebagai ‘persona non grata’ oleh kerajaan Mogadishu pada 1 Januari.

Haysom, peguam Afrika Selatan dan diplomat berpengala­man, diarahkan keluar dari negara itu selepas beliau mempersoal­kan penahanan kerajaan terhadap seorang pengikut Al-Shabaab yang berpaling tadah yang telah bertanding untuk pilihan raya.

Kenyataan yang dirangka British menyatakan kekesalan bagi keputusan dan menyuaraka­n sokongan sepenuhnya bagi misi PBB ke Somalia. Anggota majlis menjelaska­n jangkaan mereka bagi kerjasama penuh di antara Somalia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tambahnya.

Majlis bertemu secara tertutup pada Jumaat lepas bagi membincang­kan respons terhadap keputusan Somalia namun China meminta lebih banyak masa untuk mempertimb­angkan teks tersebut, kata diplomat.

China mengemukak­an pindaan kelmarin bagi menegaskan bahawa pihak majlis menghormat­i kedaulatan, integriti wilayah, kebebasan politik dan perpaduan di Somalia, menurut diplomat.

Kenyataan majlis menyatakan 2019 akan menjadi satu tahun yang kritikal bagi Somalia dan menyeru kepada para pemimpinny­a agar bekerja bersama-sama bagi berdepan dengan perubahan politik dan keselamata­n.

Pada Jumaat lepas, jurucakap Guterres menyatakan ketua PBB berasa amat kesal dengan keputusan untuk menghalau Haysom namun bagaimanap­un beliau berniat untuk melantik seorang wakil baharu.

Guterres telah berbicara sebanyak dua kali dengan Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed bagi menggesa beliau untuk menarik balik keputusan itu namun presiden Somalia itu memberitah­u beliau pada Jumaat lepas bahawa Haysom tidak akan diterima semula, menurut diplomat.

Haysom, yang memegang jawatan sebagai wakil PBB pada Oktober, memberikan amaran kepada pihak majlis semasa mesyuarat pada Khamis lepas mengenai satu risiko bagi konflik ketika pilihan raya di negeri persekutua­n Somalia disebabkan oleh ketegangan dengan pihak berkuasa pusat.

Penahanan Muktar Robow akan menghalang militan AlShabaab yang lain yang mungkin menganggap berbalas keganasan untuk satu laluan politik, menurut Haysom.

Robow, yang berpaling tadah dari kumpulan Islamis Al-Shabaab pada 2017, telah ditangkap pada bulan lepas dan diterbangk­an ke ibu negara Mogadishu selepas mengumumka­n usahanya bagi jawatan presiden negara di South West State.

Penahanan mencetuska­n bantahan di pekan barat daya Baidoa pada 13-15 Disember yang telah dibalas dengan kejam oleh pasukan keselamata­n Somalia, menyebabka­n sekurang-kurangnya 15 kematian.

Dalam sepucuk surat dihantar kepada kerajaan, Haysom meminta satu siasatan terhadap keganasan bantahan dan maklumat mengenai asas perundanga­n bagi menahan Robow.

Misi PBB di Somalia telah ditugaskan untuk menyokong usaha kedamaian dan memperkuku­hkan institusi kerajaan di negara Tanduk Afrika itu yang telah dimusnahka­n oleh perang saudara selama beberapa dekad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia