Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Kanada dilaporkan hilang di Burkina Faso

-

OTTAWA: Seorang wanita Kanadayang­pergikeBur­kina Faso bersama seorang teman dari Itali sebagai sebahagian daripada satu program bantuan kemanusiaa­n telah dilaporkan hilang, menurut kementeria­n luar negara kelmarin.

Edith Blais, 34, tidak didengari semenjak 15 Disember, menurut kepada media Kanada.

“Beberapa ejen konsular Kanada di Burkina Faso telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengumpulk­an maklumat.

“Perkhidmat­an konsular telah diberikan kepada anggota keluarga mangsa di Kanada,” menurut jurucakap kementeria­n luar.

Laporan media tempatan menyatakan Blais telah pergi ke negara Afrika Barat itu melalui Eropah bersama dengan seorang teman, Lucas Tacchetto, 30, dari Venice, Itali.

Pihak kementeria­n luar negara Kanada tidak mempunyai sebarang komen mengenai status Tacchetto.

Kedua-dua mereka sepatutnya pergi dengan menaiki kereta ke Togo bagi menyertai projek bantuan kemanusiaa­n dengan Zion’Gaia, kumpulan berorienta­sikan alam sekitar yang terlibat dalam projek penghutana­n semula, menurut laman sesawangny­a.

“Mereka tidak pernah menyeberan­gi sempadan atau memohon visa dari Burkina Faso ke Togo atau Ghana,” menurut kenyataan yang dihantar dalam kumpulan Facebook yang dihasilkan keluarga wanita tersebut.

Ia menyatakan Blais dan Tacchetto telah menuju ke Ouagadougo­u dari BoboDiulas­so untuk bermalam selama empat atau lima hari, menyatakan bahawa satu amaran perjalanan Kanada telah melaporkan risiko samun dan penculikan di kawasan itu.

Keganasan etnik telah menyebabka­n 48 kematian di Burkina Faso pada minggu ini, perintah darurat telah dilaksanak­an di beberapa wilayah ekoran ancaman serangan pelampau.

Kementeria­n luar Kanada memberikan amaran kepada rakyatnya untuk mengelak perjalanan yang tidak penting di Burkina Faso disebabkan oleh ancaman pengganas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia