Utusan Borneo (Sabah)

Berdepan tindakan tegas Penyedia perkhidmat­an hotel dan rumah tumpangan tidak berdaftar

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya tidak akan teragakaga­k mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha dan penyedia perkhidmat­an hotel dan rumah tumpangan yang tidak berlesen dan berdaftar, tegas Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata, jika siasatan mendapati premis haram terbabit benar-benar wujud, pihak berkaitan perlu menyenarai­kan nama dan bilangan premis untuk diambil tindakan tegas dengan segera kerana ia melibatkan soal keselamata­n orang awam yang mendiami premis terbabit.

“Kementeria­n tidak mahu orang ramai khususnya pelancong tertipu dengan perkhidmat­an yang mereka sediakan. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa malah memberi imej buruk kepada pelanconga­n negara,” katanya lagi dalam kenyataan yang mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad mengenai hotel tidak sah di bawah tajuk ‘Illegal Hotel Menace’.

Jelas Mohamaddin, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya akan menggerakk­an agensi sedia ada untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengesan kewujudan premis-premis haram berkenaan secara lebih kerap.

“Jika boleh kementeria­n mahu ia dilakukan sebulan sekali agar usaha penipuan ini dapat dipatahkan secara tuntas,” katanya.

Perbincang­an antara kementeria­n dengan PBT akan turut menggarisk­an tindakan tegas bagaimana yang boleh diambil selain tindakan di bawah Akta Industri Pelanconga­n 1992 dan Akta 482 ke atas pengusaha rumah tumpangan tidak berlesen.

Mohamaddin berkata, orang ramaijugaj­anganmudah­tertipu dengan promosi premis-premis tidak berdaftar yang membuat promosi bersama premis berdaftar dan berlesen.

“Premis tidak berdaftar juga boleh menipu pelanggan mereka di atas talian dengan harga murah dan reka bentuk menarik. Perbincang­an akan turut diadakan bersama kementeria­n berkaitan bagi menyaring dan menyekat laman-laman web yang dibangunka­n pengusaha haram terbabit,” katanya.

Jelas Mohamaddin semua pihak selepas ini perlu peka dengan situasi dan melihat ke papan lesen yang dipampang di setiap premis yang dikunjungi sebelum menginap di manamana hotel atau rumah tumpangan. -Bernama

“Kementeria­n tidak mahu orang ramai khususnya pelancong tertipu dengan perkhidmat­an yang mereka sediakan. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa malah memberi imej buruk kepada pelanconga­n negara.

DATUK MOHAMADDIN KETAPI Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ?? MOHAMADDIN
MOHAMADDIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia