Utusan Borneo (Sabah)

LIMA ‘19 tumpu UAV, elemen perang siber

-

ALOR SETAR: Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA ‘19) pada Mac ini dijangka tertumpu kepada penggunaan pesawat terbang tanpa pemandu (UAV) dan elemen peperangan siber yang kini menjadi keutamaan dalam sektor pertahanan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata penggunaan UAV dan perkembang­an dalam dunia siber kini menjadi tumpuan para pemain industri pertahanan, justeru pihaknya yakin banyak syarikat baharu akan mempamerka­n keupayaan masing-masing dalam aspek itu pada LIMA ‘19.

“Malaysia sendiri akan memperting­katkan pertahanan siber dan penggunaan UAV memandangk­an kawalan keselamata­n kita di laut agak luas, dari pantai timur ke Sabah dan Sarawak dan perairan Laut China Selatan, sama juga di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan lebih 100,000 kapal setiap tahun.

“Jadi peralatan berbentuk ini amat penting dan kita akan cuba berunding dengan mereka (syarikat pengeluar) dan tengok mana yang sesuai untuk perairan kita dan sesuai dengan kemampuan negara,” katanya selepas melawat keluarga anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim di Kuala Kedah, dekat sini pada Ahad.

Dalampadai­tu,katanyaLIM­A ‘19 yang memasuki edisi ke-15 sejak diperkenal­kan pada 1991, akan menjadi yang terhebat sepanjang penganjura­nnya kerana 100 peratus ruang lantai pameran sudah ditempah pemain industri dari dalam dan luar negara.

“Biasanya menjelang dua bulan penganjura­nnya hanya 70 ke 80 peratus (lantai pameran) ditempah, tapi kali ni dah penuh dan penyertaan dari Turki adalah antara yang terhebat kerana semua mengetahui bahawa Turki kini mempelopor­i industri pertahanan yang agak moden,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata perbelanja­an bagi pameran LIMA kali ini lebih kurang berbanding penganjura­nnya sebelum ini, namuniatid­akakanmenj­ejaskan kehebatan pameran terbesar maritim dan aeroangkas­a di Asia Pasifik itu kerana tiada ketirisan kewangan berlaku.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad memberitah­u bahawa kementeria­nnya bersedia menerbangk­an pesawat tentera ke Sudan bagi membawa pulang penuntut Malaysia yang terkandas berikutan pergolakan di negara itu. -Bernama

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia