Utusan Borneo (Sabah)

Inkues Muhammad Adib dijalankan secara teliti, elak dipolemik

-

ALOR SETAR: Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksana dengan teliti bagi mengelakka­n sebarang kelompanga­n dan dipolemikk­an pihak tertentu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata tidak timbul isu tentang perkara itu sengaja dilengahka­n sebaliknya setiap proses dilakukan secara terbaik kerana ia melibatkan isu nasional.

“Prosedur inkues adalah yang terbaik, sebelum ini pun arwah sudah diberikan rawatan terbaik...kita bersyukur keluarga setuju lakukan post-mortem (bedah siasat) jadi semua laporan dah ada.

“Biasanya inkues ambil masa sebulan tetapi mungkin dapat diselesaik­an lebih cepat apabila semua maklumat yang diperlukan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini pada Ahad.

Menurut Zuraida, pada inkues pertama yang akan dijalankan di Mahkamah Koroner pada 18 Jan ini, semua saksi akan dipanggil termasuk doktor yang merawat dan pihak forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap Muhammad Adib.

“Pada peringkat awal seramai20s­aksitelahd­ipanggil untuk beri keterangan dan dalam perkembang­an terbaharu saya dimaklumka­n ada saksi baharu yang akan dipanggil untuk bantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam dan pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib juga telah ditetapkan pada 18 Jan.

Sementara itu, ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 51, berharap proses inkues dapat dijalankan dan diselesaik­an dengan cepat selain ingin melihat muka pelaku-pelaku yang tergamak memukul anaknya itu.

“Saya harap pelaku dapat ditahan dengan cepat, kalau susah tangkap sahaja dalangnya kalau tak dapat tangkap yang bawahbawah. Apa pun saya terima ketentuan Ilahi dan sentiasa teringat anak dan setiap hari selepas solat Subuh saya dan suami akan pergi ziarah kuburnya,” katanya. -Bernama

 ??  ?? ZURAIDA bertemu dengan Mohd Kassim Abdul Hamid dan isteri Asma Aziz bersama dua anak mereka ketika menziarahi keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib, di kediaman mereka di Kampung Tebengau, pada Ahad. -Gambar Bernama
ZURAIDA bertemu dengan Mohd Kassim Abdul Hamid dan isteri Asma Aziz bersama dua anak mereka ketika menziarahi keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib, di kediaman mereka di Kampung Tebengau, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia