Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Rantau Panjang, Bestari Jaya bimbang jambatan rebak ancam nyawa

-

KUALA SELANGOR: Penduduk di enam kawasan sekitar Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini menggesa pihak berwajib segera membaik pulih jambatan di Jalan Rantau Panjang di sini yang rebak sejak Oktober lepas kerana bimbang kerosakann­ya didakwa boleh mengancam nyawa mereka.

Enam kawasan berkenaan adalah Kampung Rantau Panjang, Kampung Bestari Jaya, Kampung Sungai Tinggi selain tiga ladang kelapa sawit iaitu Ladang Bukit Minyak, Ladang Mary dan Ladang Nigel Garder.

Menurut wakil penduduk Kampung Bestari Jaya, Mohd Azraie Mat Tahir, 36, walaupun jambatan yang rebak itu dikatakan masih selamat oleh pihak berwajib, namun mereka tetap gusar seandainya tahap runtuhan tanah di jambatan itu bertambah serius memandangk­an arus sungai agak deras sejak kebelakang­an ini.

“Tebing jambatan itu rebak disebabkan banjir kilat pada Oktober lepas. Walaupun pihak berwajib telah pasang binaan sementara supaya pejalan kaki, pengguna bermotosik­al atau basikal boleh terus melalui jambatan itu namun tanah rebak itu dilihat semakin teruk sejak seminggu lepas.

“Kami mahu jambatan ini dibaiki sepenuhnya segera kerana kami amat risau setiap kali melaluinya. Adakah pihak berwajib mahu tunggu ada kecelakaan baru nak ambil tindakan?” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Katanya, pihak berwajib harus melihat isu tersebut dengan lebih serius memandangk­an jambatan berusia hampir 40 tahun itu dimanfaatk­an lebih 300 orang sehari untuk pelbagai aktiviti termasuk sebagai laluan utama pelajar sekolah bagi menjimatka­n masa dan kos perjalanan.

Ketua Kampung Rantau Panjang Nordin Sulaiman Shah pula berkata walaupun aduan telah dibuat kepada pihak berwajib pada Oktober lepas, namun hanya jambatan binaan sementara untuk laluan motosikal sahaja yang dilaksanak­an, bukan kerjakerja membaik pulih.

“Setakat ini, kami hanya dimaklumka­n jambatan itu akan ambil masa sekitar enam bulan untuk dibaik pulih tapi sehingga kini, tiada tindakan lanjut dilakukan.

“Jambatan ini sebagai jalan pintas menghubung­kan enam kawasan berkapasit­i anggaran 5,000 penduduk kerana boleh menjimatka­n perjalanan sekurang-kurangnya tujuh kilometer daripada laluan alternatif. Disebabkan itu kami mahu ia dibaik pulih segera,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Daerah Kuala Selangor Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor ketika dihubungi berkata setakat ini, Jabatan Kerja Raya negeri mengesahka­n jambatan tersebut masih selamat untuk digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal.

Pegawai Daerah Kuala Selangor itu memberitah­u kerja-kerja baik pulih laluan itu akan dilakukan selain pembinaan jambatan baharu yang boleh dilalui dengan kereta dalam masa terdekat.

“Jambatan di Jalan Rantau Panjang tu rebak sedikit sahaja malah JKR sudah melawat kawasan itu dan disahkan masih selamat untuk dilalui oleh motosikal. Projek jambatan baharu juga sudah diluluskan kerajaan negeri. Semuanya akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya. -Bernama

 ??  ?? PENDUDUK kampung menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai status jambatan yang roboh akibat banjir kilat Oktober tahun lepas di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, pada Ahad. -Gambar Bernama
PENDUDUK kampung menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai status jambatan yang roboh akibat banjir kilat Oktober tahun lepas di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia