Utusan Borneo (Sabah)

Bautista Agut memenangi kejuaraan Terbuka Qatar

-

DOHA, Qatar: Roberto Bautista Agut mengekalka­n rentak cemerlang ekoran kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, apabila memenangi kejuaraan Terbuka Qatar di sini Sabtu lepas.

Pemain dari Sepanyol itu menewaskan Tomas Berdych dari Republik Czech 6-4, 3-6 dan 6-3 di final.

“Ia merupakan minggu yang hebat bagi saya,” kata Bautista Agut selepas perlawanan.

“Hari ini ia bukan mudah untuk menangi semua emosi yang saya ada dalam gelanggang.”

Ia adalah kejuaraan kesembilan sepanjang kariernya dan juga yang pertama di Doha.

Bautista Agut akan naik satu anak tangga ranking dunia ke kedudukan ke23 selepas kemenangan di Qatar dan beliau berkata beliau memburu kedudukan ranking lebih tinggi lagi.

“Kenapa tidak 10 tangga teratas?” soal beliau.

Beliau menambah beliau mahu berada dalam “keadaan cergas” dan kemudian memenangi seberapa banyak perlawanan yang beliau mampu di Terbuka Australia.

Kemenangan­ituhadirse­hari selepas beliau mengejutka­n Djokovic di separuh akhir, juga dalam tiga set.

Beliau juga menewaskan Stanislas Wawrinka dari Switzerlan­d dalam tiga set pada awal kejohanan.

Secara keseluruha­nnya, Bautista Agut hanya tewas dua set dari lima perlawanan sepanjang minggu ini.

Beliau mempamerka­n aksi bertenaga dan mendahului awal pad set ketiga untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

Berdych, yang menerima penyertaan wildcard pada kejohanan ini, mempamerka­n aksi lebih meyakinkan pada set kedua tetapi harapan untuk mengekalka­n rentak pada set penentuan berkecai apabila Bautista Agut meningkatk­an lagi permainann­ya.

“Roberto terlalu bagus, jadi tahniah untuk beliau di atas kejuaraan hari ini tetapi saya berasa gembira dengan pencapaian saya minggu ini,” kata Berdych, di mana musim 2018 beliau diselubung­i dengan banyak kecederaan.

Kekalahan itu adalah yang kedua buat Berdych pada final di sini, kali pertama pad 2015 kepada seorang lagi pemain dari Sepanyol, David Ferrer. – AFP

 ??  ?? BAUTISTA Agut bersama trofi kemenangan Terbuka Qatar menewaskan Tomas Berdych. -Gambar Reuters
BAUTISTA Agut bersama trofi kemenangan Terbuka Qatar menewaskan Tomas Berdych. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia