Utusan Borneo (Sabah)

Alli akui akibat ‘terlalu yakin’ dan ketiadaan Son jejas rentak Spurs buru kejuaraan

-

BIRKENHEAD, England: Dele Alli mengakui pasukannya, Tottenham Hotspur, bersalah kerana terlalu yakin ketika dikejutkan oleh Wolves sekali gus menjejaska­n rentak saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk pasukannya.

Tetapi pemain tengah antarabang­sa England itu menegaskan ia tidak akan berulang lagi ketika skuad kendalian Mauricio Pochettino memburu kejuaraan dalam empat pertanding­an pada baki musim ini.

Tugas itu mungkin lebih sukar dengan kehilangan penyerang antarabang­sa Korea Selatan, Son Heung-min, yang tidak akan beraksi selama sebulan kerana mewakili negaranya di Piala Asia yang berlangsun­g di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika ini.

Tetapi selepas menamatkan tahun 2018 dengan kekalahan mengejut di tempat sendiri kepada Wolves dalam aksi liga, Spurs bangkit dengan menewaskan Cardiff 3-0 dalam liga dan membelasah kelab divisyen empat, Tranmere Rovers 7-0 dalam aksi Piala FA Inggeris Jumaat lepas.

Aksi di Tranmere mencadangk­an di mana Alli dan rakan sepasukann­ya sudah belajar dari kekalahan mengecewak­an kepada Wolves.

“Saya tidak fikir pengurus perlu bercakap banyak selepas itu, secara jujurnya kami sebagai pemain berasa kecewa,” katanya.

“Kami be- rada dalam rentak yang cemerlang sebelum itu dan mungkin kami mula berasa terlalu yakin.

“Mereka adalah pasukan yang hebat dan mungkin kami fikir kami akan menang tetapi anda tidak dapat melakukann­ya jika mahu memenangi kejuaraan dan menjadi pasukan yang kuat.

“Anda harus melakukan penyudah dalam setiap perlawanan dan tidak mampu untuk mengurangk­an rentak. Kami menebus kesilapan kami itu dan kami tahu kami tidak harus membiarkan ia berulang.”

Tottenham akan menentang Chelsea pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris selain perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada bulan hadapan.

Tetapi selepas perlawanan 13 Januari menenUnite­d, tang Manchester Spurs akan berdepan perlawanan tanpa Son, yang beraksi cemerlang di Tranmere di mana beliau menjaringk­an satu gol dan mengumpan dua gol dalam tempoh sembilan minit selepas rehat. “Ketiadaan Son akan menyebabka­n mana-mana pasukan merasai ketiadaann­ya kerana beliau pemain yang hebat namun dalam masa yang sama, kami mempunyai pemain yang bekerja-keras dan bersedia untuk mengisi tempat,” kata Alli.

“Beliau sememangny­a dalam prestasi bagus dan ia pastinya sedih melihat beliau pergi tetapi beliau akan kembali dan kami harus terus melangkah.” -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia