Utusan Borneo (Sabah)

Umtiti kembali jalani latihan bulan ini, kata Valverde

-

BARCELONA, Sepanyol: Pemain pertahanan Bar c elon a, Samuel Umtiti mungkin menjalani latihan bulan ini, menurut jurulatih Ernesto Valverde Sabtu lepas.

Umtiti, pemain antarabang­sa Perancis, bergelut dengan kecederaan lutut sejak awal musim dan pada bulan Disember, beliau memulakan satu program di Qatar untuk membantu pemulihann­ya.

Beliau hanya bermain lapan perlawanan musim ini dengan perlawanan terakhir ialah ketika menentang Atletico Madrid pad 24 November.

Valverde bagaimanap­un berharap Umtiti akan kembali segera. “Kami fikir dalam beberapa minggu lagi, beliau boleh memulakan latihan bersama pasukan, kita akan lihat situasinya selepas itu,” kata Valverde pada satu sidang media.

“Saya sentiasa bersikap yakin dan saya mahu ia berlaku. Saya fikir beliau juga berasa yakin, kita akan lihat nanti.”

Ketiadaan Umtiti menyaksika­n Barca kekurangan pemain pertahanan tengah, dengan Thomas Vermaelen juga diselubung­i kecederaan setakat musim ini.

Kelab mendapatka­n Jeison Murillo dengan kontrak pinjaman dari Valencia untuk memberikan sokongan kepada Gerard Pique dan Clement Lenglet, dua pemain pertahanan tengah yang cergas ketika ini.

“Idea kami ialah untuk menurunkan Jeison secepat mungkin kerana beliau sudah

mengenali liga ini,” kata Valverde.

“Beliau akan bermain dan kami berharap untuk melihat aksi terbaik beliau,” tambahnya.

Masa depan Valverde sendiri belum pasti walaupun Barcelona berada di tangga teratas La Liga Sepanyol, tiga mata di hadapan Atletico Madrid.

Kontrak dua tahun beliau akan berakhir pada musim panas ini dan ketika ada pilihan untuk lanjutan satu tahun, satu keputusan masih belum dibuat oleh pengurusan kelab.

“Ia benar kontrak saya adalah dua tahun campur satu dan pad akhir musim, satu keputusan perlu dibuat,” kata Valverde. “Kami akan membincang­kannya nanti, kami belum lagi di separuh musim. Saya mempunyai perhubunga­n yang baik dengan kelab. Jika anda tewas satu perlawanan, anda dalam masalah tetapi saya mempunyai kontrak dengan Barcelona.” Barcelona memulakan tahun baharu 2019 dengan perlawanan

di Getafe. – AFP

 ??  ?? UMTITI
UMTITI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia